Motosikal

MOTOSIKAL ELEKTRIK SHANGHAI LIMA POLAR

Petang semalam, kebetulan krew mekanika terserempak dengan spesis skuter yang aneh. Bentuknya agak sporty untuk saiz sebesar Yamaha Ego LC. Warna hijau terang itu menyebabkan kami berhenti untuk menyiasat dengan lebih dekat.

Shanghai-Lima-Polar-bike-mekanika (5)

Tertera di sisi lengan ayun belakang nama pengeluarnya, Shanghai Lima. Sebenarnya produk China jarang yang menarik minat kami untuk menyiasat lanjut. Tetapi ini saiz skuter sebenar tanpa enjin. Adalah ia skuter elektrik?

Ya. Kalau anda mengikuti perkembangan semasa, skuter jenis ini pernah dibawa masuk dengan pengisytiharan sebagai barang mainan (toys). Jadi, ia tidak memerlukan ‘type approval’ atau AP daripada  Jabatan Pengangkutan Jalan. Lebih menarik lagi, motosikal ini boleh digunakan begitu sahaja tanpa cukai jalan dan  pendaftaran.

Shanghai-Lima-Polar-bike-mekanika (1)

Namun, model yang dikenali sebagai Polar ini nampak akan dijual sebagai motosikal berdaftar kerana saiznya yang mirip sebuah Yamaha Ego. Kertas yang dilekat pada lampu hadapannya menunjukkan harganya ialah RM5,488 seunit. Agak munasabah untuk sebuah skuter.

Siasatan kami mendapati bahawa skuter ini dikeluarkan oleh syarikat Shanghai Lima Electric Bicycle Co. Ltd yang berpangkalan di Jinshan, wilayah Sanyang, Shanghai China. Syarikat itu mengkhusus kepada pengeluaran basikal dan motosikal berkuasa elektrik mulai tahun 1998.

Shanghai-Lima-Polar-bike-mekanika (4)

Berikut ialah spesifikasi Polar:

Saiz: Panjang 1735mm X lebar 520mm X tinggi 1100mm

Bateri: 60V20AH electric motorcycle

Motor: V6-35 motor

Controller: 15 33A sine wave

Tayar: Depan 90 / belakang 80-11

Google ads
Back to top button