Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA 3S TERBESAR DI MALAYSIA TIMUR – DIOPERASIKAN OLEH SYK RW MOTOR

Honda Malaysia baru-baru ini membuka pusat 3S terbesarnya di Malaysia Timur. Dioperasikan oleh pihak SYK RW Motor, ia merupakan pengedar ketujuh Honda di Sarawak.

Pengedar Honda Malaysia di Sarawak terletak di Kuching (3), Bintulu (1), Miri (2) dan Sibu (1).

Terletak di Miri, Sarawak, pusat 3S tersebut mahu memberi lebih kemudahan kepada pelanggan Honda yang kian bertambah di kawasan sekitarnya.

Dari Januari hingga November 2017, Malaysia Timur menyumbang sebanyak 7 peratus atau 6,000 unit kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.

Sarawak pula menyumbang jualan lebih 4,000 unit atau 60 peratus daripada jualan di Malaysia Timur. BR-V menjadi model paling popular di sana.

“Kami mahu menjangkau lebih ramai pengguna, terutama mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

SYK RW Motor mempunyai pengalaman selama lebih 40 tahun dalam industri automotif. Bagi memastikan ia mampu menawarkan kemudahan dan perkhidmatan terbaik, SYK RW Motor telah melabur sebanyak RM7 juta ke atas pusat servis yang berkeluasan 48,000 kaki persegi itu.

Ia memiliki 12 ruang servis dengan 7 untuk servis pastas, 2 tempat penyelenggaraan umum, sebuah lounge, wifi percuma surau serta sebanyak lagi. Pusat 3S itu mampu menyelenggara sehingga 40 buah kereta sehari.

Sebagai nilai tambah, pusat 3S Honda SYK RW juga ada menawarkan perkhidmatan basuh kereta secara percuma, selain memperbaharui cukai jalan dan insurans kepada pelanggannya.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 085-430 666 atau kunjungi pusat 3S Honda SYK RW di alamat: Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri, Sarawak.

Google ads
Back to top button