
CROSSTREK SPORT 2021. ENJIN 4 SILINDER 182 HP
Subaru baru mengeluarkan imej teaser pertama model baharu Crosstrek 2021 yang akan melakukan debut pada 9 Jun ini di pasaran Amerika Syarikat.
Biarpun, teaser berkenaan tidak menunjukkan sebarang informasi lebih mendalam. Namun, dapat dipastikan model terbaharu ini memiliki reka bentuk sporty.
Subaru menjanjikan Crosstrek 2021 akan memberi pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan kepada pembeli.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Subaru Amerika Syarikat, Tom Doll pernah memaklumkan Crosstrek berkenaan akan oleh dijana enjin empat silinder 2.5 liter daripada Forester.
Ia mampu menghasilkan 182 kuasa kuda dan tork 239 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi CVT.
Crosstrek 2021 terbaharu ini memiliki lonjakan kuasa 30hp dan 40Nm berbanding Crosstrek 2.0 liter sedia ada.
Subaru mencadangkan terdapat penambahbaikan dalam sistem keselamatan EyeSight pada Subaru Crosstrek. – carscoops