Buletin

HONDA MALAYSIA TERUS KUASAI SEGMEN KENDERAAN BUKAN NASIONAL PADA 1H 2018

Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan 109,000 unit untuk tahun 2018 berikutan prestasi memberangsangkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Bermula Januari hingga Jun 2018, Honda Malaysia berjaya mencatat jualan 51,354 unit. Bulan Jun menyaksikannya merekod jumlah tempahan paling tinggi dalam sejarah dengan 20,000 unit.

Berdasarkan kepada rekod jualan ini, Honda Malaysia menyumbang 17.7 peratus kepada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) setakat 30 Jun 2018.

Angka itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No.2 dalam TIV bagi separuh pertama tahun 2018.

Penyumbang utama tempahan ialah daripada model City dengan 36 peratus, diikuti oleh CR-V dan Civic masing-masing 14 peratus. Angka jualan luar biasa ini banyak disumbang oleh promosi perayaan dan kadar sifar GST yang ditawarkan sekarang.

City menjadi model paling popular dengan lebih 15,400 unit dijual atau 30 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Ini merupakan kenaikan sebanyak 7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.   

City diikuti rapat oleh HR-V dan CR-V yang mencatat jualan 16 dan 13 peratus daalm tempoh sama. Sementara Jazz, BR-V, Accord dan Civic dilihat terus menerajui segmen masing-masing.   

Berikutan jumah tempahan yang begitu tinggi, Honda Malaysia terpaksa memanjangkan tempoh menunggu selama empat bulan untuk beberapa model.  

Maklumat lanjut mengenai Honda, sila hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: log on to www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button