Buletin

HONDA MALAYSIA UMUM 10 PEMENANG KEMPEN ‘SPRINT TO THE SUZUKA CIRCUIT’

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan pemenang kempen ‘Sprint to the Suzuka Circuit’. Kempen itu diadakan untuk menghargai pelanggan yang membeli Civic Type-R mulai April hingga Julai 2018.

10 orang pemenang tersebut dipilih berdasarkan kepada jawapan paling kreatif. Setiap pemenang akan menerima tiket penerbangan kelas perniagaan dan tiket menonton Formula 1 Grand Prix Jepun 2018 di Litar Suzuka, penginapan 5 hari 4 malam di Jepun dan set barangan Honda untuk dua orang bernilai RM30,000.

Menjadi model Honda paling berkuasa pernah dijual di Malaysia, Honda Malaysia telah menerima lebih 100 tempahan dan telah menyerahkan lebih 80 unit Civic Type-R sejak ia dilancarkan pada November 2017.

Civic Type R yang diimport sepenuhnya ditawarkan pada harga RM301,928 (OTR tidak termasuk insurans. Anda boleh menempah model ini di 20 pengedar Honda Sport di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai Civic Type-R, sila hubungi nombor tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button