Buletin

HONDA MOBILIO 2017

Honda Mobilio pertama kali diperkenalkan secara global pada Indonesia International Motor Show 2013 (IIMS). Kemudian model tersebut dipasarkan ke Indonesia pada Januari 2014. 

honda-mobilio-mekanika (3)

Setelah dua tahun, PT Honda Prospect Motor (HPM) memperkenalkan Mobilio baharu  yang lebih moden dan mewah. Pihak HPM menawarkan enam varian. Bermula dengan S, E, E CVT, E Prestige, RS CVT dan RS.

Di bawah hud Mobilio tersedia enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa 118PS dan tork 145Nm. Penghantaran kuasa ke roda hadapan diserahkan kepada kotak gear manual lima kelajuan dan CVT.

honda-mobilio-mekanika (4)

Pengendalian Mobilio lebih selesa dengan gabungan suspensi topang MacPherson di hadapan dan  H-Shape Torsion Beam di belakang. Pemanduan menjadi semakin lincah berkat sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) yang menawarkan nisbah ringan pada kelajuan rendah dan mantap ketika memecut.

Honda Mobilio juga dilengkapi dengan ciri indikator Eco yang memberikan maklumat cara memandu dengan lebih efisien.

honda-mobilio-mekanika (8)

Kenderaan keluarga itu menerima kemas kini kabin yang lebih mewah.  Perubahan total boleh dilihat pada  panel papan pemuka,  kluster meter baharu bersama pelbagai informasi, pendingin hawa digital dan sistem audio yang canggih.

Honda menawarkan  pendingin hawa double blower pada kesemua variannya yang memberikan kesejukan seluruh kabin. Dengan sistem pendingin hawa bahagian hadapan dan belakang.

honda-mobilio-mekanika (1)

Kabin direka fleksibel bagi menawarkan ruang lebih lapang. Ia mampu diperolehi menerusi ciri  satu sentuhan (One Touch Tumble Seat) yang membolehkan kerusi diturunkan dan dilipat.

Bahagian luaran Mobilio 2017 pula tampil menawan dan segar. Pihak Honda menggunakan konsep Dual-Solid Motion. Ia merupakan garis badan dinamik dengan kabin berkaca memberi rasa sporty dan penglihatan luas.

honda-mobilio-mekanika (5)

Varian RS tampil berbeza. Pada bahagian hadapan diserlahkan dengan gril krom mewah.  Mobilio RS dilengkapi aksesori sporty antaranya bampar hadapan dan belakang, spoiler belakang, spoiler bawah, dan penambahan rel bumbung.

Honda Mobilio RS didatangkan dengan rekaan rim sporty bersaiz 15 inci. Selain itu, ia juga dilengkapi wiper belakang.

honda-mobilio-mekanika (6)

Bahagian kabin RS ditawarkan dengan warna hitam. Kluster meter futuristik dengan paparan tiga meter memberikan maklumat tepat buat pemandu.

Di tengah papan pemuka tersedia skrin sentuh 6.2 inci dengan kemudahan  DVD, CD, MP3, WMA, USB , Bluetooth,  auxiliary dan phone mirroring melalui HDMI.

honda-mobilio-mekanika (2)

Harga jualan Mobilio bagi varian S ialah Rp180,500,000 (RM 55,955), varian E- Rp201,000,000 (RM62,310); varian E CVT- Rp212,000,000 (RM65,720); varian E Prestige- Rp221,500,000 (RM68,665), varian RS CVT- Rp234,500,000 (RM72,695); dan varian RS- Rp224,000,000 (RM69,440).

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button