Motosikal

SKUTER INSPIRASI MOTOGP

PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan model skuter Aerox 125LC.

yamaha-aerox-125lc-mekanika (1)

Skuter berkenaan dikatakan menawarkan tiga karakter unik iaitu gaya perlumbaan, prestasi maksimum dan pengendalian yang lincah.

Aerox 125LC dilengkapi enjin  125cc penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa 8.4kw @ 9000rpm dan tork setinggi 10.4Nm @ 6,500rpm. Penghantaran kuasa diserahkan kepada transmisi V-belt automatik.

Enjin tersebut difahamkan berteknologi MotoGP (Forged Piston dan DiASil Cylinder). Aerox 125LC didatangkan dengan lampu LED, speedometer moden, ruang bagasi lebih besar dan posisi meletak kaki yang santai dan gaya perlumbaan.

yamaha-aerox-125lc-mekanika (3)

Kesan sporty semakin menyerlah menerusi rekaan pegangan tangan belakang yang tersembunyi. Bahagian hendal menggunakan konsep ‘naked handle bar’  untuk prestasi lincah dan optimum di atas apa jua permukaan jalan.

Saiz tayar belakang yang lebar menyumbang kepada kelincahan pengendalian dan kestabilan lebih baik.

Selain melancarkan Aerox 125LC, Yamaha Indonesia juga merasmikan skuter itu sebagai motosikal rasmi paddock Yamaha Racing Team Indonesia.

yamaha-aerox-125lc-mekanika (4)

Lebih menarik, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo sebagai pelumba Yamaha Factory Racing Team MotoGP sudah menggunakan motor Aerox sebagai motosikal rasmi paddock pada MotoGP.

Model yang digunakan Aerox-R 2007 Special Edition, Aerox-R 2007 Race Replica, Aerox-R 2008 Race Replica dan Aerox-R 2012 GP Edition.

Tonton TVC Aerox 125LC. Lebih menarik TVC berkenaan ada sambungan kedua, jadi penasaran:

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button