;
Buletin

HONDA N-WGN 2019, KEI-CAR PUN ADA HONDA SENSING! RM49K HARGA PERMULAAN

Berada di Jepun membolehkan anda mengenali sisi lain pengeluar ternama yang berasal di negara tersebut. 

Jepun adalah lokasi di mana pengeluar tempatan menzahirkan kreativiti masing-masing dalam memenuhi undang-undang yang pro penjimatan dan pada masa sama memikat hati pelanggan.

Kenderaan tersebut dizahirkan dalam segmen yang dipanggil kei-car dengan ciri utama sesaran enjin kecil dan bentuk comel berkotak.

Negara kita juga mempunyai model kompak seperti Perodua Kancil, Kelisa dan Kenari dan ternyata fomula yang diguna pakai di Jepun turut mendapat sambutan hangat di sini.

Ini pula Honda N-WGN dan dan N-WGn serba baharu yang menemui pelanggan di Jepun pada 9 Ogos 2019.

Di pentas antarabangsa Honda begitu gah dengan Civic Type R dan NSX manakala siri N-WGN ini mewakili kecomelan Honda di tempat kelahiran sendiri.

Honda N-WGN Custom

Huruf N pada model ini sebenarnya merujuk kepada pertama norimono di dalam bahasa Jepun yang bermakna kenderaan. N-WGN menggunakan platform yang sama dengan sebuah lagi kereta kompak Honda iaitu N-BOX.

Pendekatan utama Honda dalam membangunkan model siri N ialah mengenal pasti perkara paling penting dalam hidup seseorang dan menggilapnya dengan sempurna supaya sebati dengan kehidupan harian.

Berdasarkan falsafah tersebut Honda berusaha bagi membangunkan sebuah kenderaan yang dapat sebati dengan kehidupan setiap pelanggan dan selesa untuk digunakan oleh sesiapa sahaja dan praktikal.

N-WGN bukan sahaja comel malah tagline New Simple! juga mempunyai sifat sama dan melambangkan budaya Jepun yang ringkas.

Seiring dengan kemajuan dan undang-undang, kereta comel ini dilengkapi teknologi Honda SENSING® yang biasanya dilengkapi pada model premium seperti CR-V dan Accord.

Berikut ialah ciri-ciri pada N-WGN:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • False Start Prevention
  • Pedestrian Collision Mitigation Steering System
  • Lead Car Departure Notification System
  • Traffic Sign Recognition
  • Road Departure Mitigation (RDM) System
  • Adaptive Cruise Control (ACC) with Low-Speed Follow
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • False Backward Start Prevention
  • Auto High Beam Headlights  

Kelengkapan canggih di atas untuk sebuah kereta kompak adalah begitu menggagumkan dan setara dengan jenama premium di pasaran antarabangsa.

Honda N-WGN

Satu lagi keistimewaan ialah Teknologi Collision Mitigation Braking System (CMBS™) pada N-WGN adalah yang pertama seumpamanya untuk sebuah kereta kompak di Jepun.

Teknologi ini mampu mengesan basikal yang mencelah di bahagian depan kereta. Ini penting memandangkan Jepun adalah negara yang popular dengan basikal.

Dari segi enjin, N-WGN ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 660 cc dan 660 cc turbo dan padanan transmisi tunggal CVT. Pengguna juga ditawarkan dua pilihan pacuan iaitu depan (FWD) dan 4WD.

Honda N-WGN

Honda mensasarkan sejumlah 7,000 unit jualan di Jepun dan model kompak N-WGN ini boleh dimiliki pada harga permulaan JPY 1,274,400 (RM 48,702) untuk model  Honda SENSING FF hingga JPY 1,793,880 (RM 68,555) untuk model L Turbo Honda SENSING 4WD.

Kepada yang berminat dengan model sebegini, Honda N-BOX ada ditawarkan oleh pengimport kereta bebas dengan harga sekitar RM140,000.

Honda N-WGN Custom:

Honda N-WGN:

Tags
Google ads
Back to top button