Buletin

HONDA PANGGIL SEMULA 20 RIBU KERETA HIBRID DI CHINA AKIBAT MASALAH PEDAL BREK

Masalah brek bukan sahaja membelenggu Tesla di China, malah isu itu kini melanda Honda.

Menurut laporan, lebih 20 ribu unit kenderaan Honda di China terpaksa dipanggil semula akibat masalah penderia pada pedal brek.

Ia berpunca daripada minyak pelincir yang digunakan sewaktu proses pemasangan di kilang yang dikatakan mampu mencetuskan masalah pada unit penderia dari semasa ke semasa.

Sebanyak 105,608 kereta hibrid yang dihasilkan oleh Dongfeng Honda (produksi 8 Oktober 2018 hingga 7 September 2020) dan 95,081 unit yang dihasilkan oleh GAC (produksi 27 Ogos 2018 hingga 6 Ogos 2020) terlibat di dalam kempen terbaharu ini.

Kedua-dua syarikat kerjasama Honda-GAC dan Honda-Dongfeng akan memeriksa kesemua kenderaan yang terjejas, dan penggantian komponen akan dibuat bermula 31 Mac 2023.

Kempen recall ini ternyata memberikan cabaran besar buat Honda di pasaran China, di mana jumlah produksi tempatan dilapor menurun 14 peratus kepada 1.62 juta kenderaan. – Bloomberg

Google ads
Back to top button