Motosikal

HONDA PATENKAN JENTERA NAKED CBF 190 R DI INDIA

Honda Motorcycle and Scooter India (HMSI) dilapor sudah memmfailkan paten sebuah motosikal naked di Pejabat Paten India. Jika dilancarkan, ia akan menjadi jentera streetfighter 200cc pertama yang Honda tawarkan ke pasaran India. 

Motosikal itu dijangka dipasang dengan enjin selinder tunggal 184cc SOHC dengan sistem penyejukan udara.

Dilengkapi sistem pancitan bahan api, enjin tersebut ditala untuk menghasilkan kuasa 16PS pada 8,000rpm dan tork  puncak 15NM. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan. 

Dari segi rekaan, imej yang dipatenkan itu menunjukkan ia tampil agresif dengan garis-garis tajam. Ia dipasang denga lampu hadapan yang menarik dan tangki minyak maskulin.

Motosikal naked 190cc disasarkan kepada mereka yang mahu menaik taraf daripada jentera 150cc, tetapi tidak mahu berkompromi dari segi praktikaliti. 

Buat masa sekarang, Honda menawarkan beberapa model untuk pasaran massa seperti CD 110 Dream, CB Unicorn 160 dan banyak lagi. Jika diteliti, wujud jurang yang besar di antara CB Unicorn 160 dengan CB300R, memandangkan model XBlade dan CBR250 tidak disambung produksinya. 

Honda mengasingkan tawaran motosikal massa dengan jentera berkuasa tingginya. Jadi, CBF 190 R dilihat dapat membantu Honda menarik minat lebih ramai pengguna yang inginkan sebuah streetfighter entry level. 

Google ads
Back to top button