Buletin

KEMPEN MINIMISE. REBAT SEHINGGA RM22K, KADAR FAEDAH BERMULA 0%

MINI Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen MINIMISE bagi meraikan lebaran yang bakal tiba dengan pelbagai tawaran menarik melibatkan model-model MINI terpilih. 

MINIMISE menawarkan kadar faedah menarik bermula 0 peratus, eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid, rebat tunai sehingga RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000.

MINI Countryman Plug-In Hybrid menampilkan Sistem Pacuan Semua Roda MINI eALL4 dengan Kawalan Stabiliti Dinamik.

Dilengkapi ciri MINI Connected, pemilik boleh mengakses pelbagai informasi seperti status semasa bateri, jarak kuasa elektrik dan tempoh mengecas menerusi telefon pintar.

MINI Countryman Plug-In Hybrid hadir bersama MINI Public Charging Cable dan kad ChargeNow untuk akses pengecasan percuma selama setahun di 309 fasiliti ChargeNow  di seluruh negara. Mereka juga boleh mengecas jentera tersebut di rumah. 

Kempen MINIMISE menawarkan bantuan bayaran ansuran berjumlah RM3,000 sehingga RM5,000 bagi pelbagai model jentera MINI. Di samping rebat tunai mencecah RM22,000. Tawaran eksklusif itu sah sehingga 30 Jun 2020, sementara stok masih ada. 

Dalam perkembangan berkaitan, MINI Malaysia turut memperkenalkan platform tempahan digital yang dikenali sebagai MINI eShop. Ia membolehkan pelanggan membuat tempahan secara dalam talian. 

Google ads
Back to top button