HONDA RECALL 608K UNIT ODYSSEY, PASSPORT, PILOT
Pengeluar kereta Jepun, Honda recall model Odyssey, Passport dan Pilot dalam empat kempen keselamatan melibatkan kira-kira 608,000 kenderaan.
Kempen tersebut dilakukan berikutan terdapat beberapa masalah yang dihadapi perisian model-model berkenaan.
Bagi recall pertama, ia melibatkan model Odyssey tahun 2018 hingga 2020, Passport (2019-2021) dan Pilot (2019-2021) yang berdepan gangguan perisian menghalang speedometer berfungsi dengan baik.
Honda akan mengemas kini perisian secara percuma dalam membendung risiko kemalangan. Ini kerana pemandu kemungkinan melebihi had kelajuan ditetapkan pihak berkuasa.
Masalah lain merupakan perisian kawalan paparan kamera belakang perlu dikemas kini untuk mengelak daripada rosak termasuk imej lambat keluar dan tidak berfungsi apabila menggunakan gear mengundur.
Ia melibatkan model Odyssey (2019-2020), Passport (2019-2020) dan Pilot (2019-2021).
Dalam pada itu, pemasangan kamera pandangan belakang pada minivan Odyssey (2019-2020) kemungkinan berdepan masalah gambar dan paparan. Honda akan menukar semula kamera pandangan belakang bagi model ini.
Recall terakhir merupakan model Odyssey (2018-2020) disebabkan masalah handel pintu belakang yang boleh dimasuki air di bahagian kabel. – carscoops.