,
Buletin

HONDA ODYSSEY USDM 2021, ELOK JUGA NI KAN?

Ini Honda Odyssey untuk pasaran Amerika Syarikat yang berbeza dengan model lain seperti di Jepun dan negara kita. Odyssey sangat laris di AS dengan jualan dalam tempoh sepuluh tahun melebihi 1.1 juta unit.

Kini beberapa tahun di pasaran Honda menaik taraf model tersebut dengan perubahan luar dan dalam serta teknologi keselamatan.dan mula dijual di AS pada 3 Ogos 2020.

Di antara perubahan yang dibuat ialah gayaan semula gril dan bampar, nyalaan lampu depan kemasan hitam di bawah cermin belakang.

Lampu LED Odyssey 2021 kini lebih berkuasa dan cekap manakala perumah lampu kabus yang direka semula. Gril pula hitam penuh dengan palang krom dari atas lampu kiri dan kanan.

Gaya hitam dan krom diulang semula pada palang bawah cermin belakang atau pintu but.

Untuk roda, Odyssey Touring menerima saiz 19 inci buat kali pertama manakala Odyssey Elite menggekalkan saiz 19 inci dengan gayaan baharu.

Pada bahagian dalam, kerusi barisan kedua semua varian Odyssey kini boleh dilipat hampir penuh dan memudahkan untuk dialih untuk memuatkan barangan.

Odyssey EX dan varian atas didatangkan dengan kerusi gayaan baharu dengan alas lantai tiga warna. Odyssey EX-L dan ke atas pula menerima kerusi dengan sokongan belakang (lumbar) berkuasa.

Kerusi barisan kedua Odyssey cukup untuk dipasangkan tiga kerusi kanak-kanak dan mempunyai cangkuk (anchor) bawah dan penambat (tether).

Satu lagi ciri ialah Wide Mode;dengan kerusi tengah boleh dialihkan untuk laluan ke tempat duduk barisan ketiga.

Selain itu, Sistem Peringatan Kerusi Belakang (RSR) kini menjadi kelengkapan standard.

Sistem RSR sangat berguna di mana peringatan diberi kepada pemandu untuk memeriksa bahagian kerusi belakang selepas kanak-kanak, haiwan peliharaan atau barang berharga ditempatkan di situ.

Apabila kereta dimatikan, bunyian akan dikeluarkan dan mesej dipaparkan pada panel meter sebagai peringatan kepada pemandu.

Odyssey Touring dan Elite pula lebih canggih dengan sistem SRS yang disepadu bersama sistem kamera kerusi belakang CabinWatch®.

Apabila diaktifkan, SRS menggunakan kamera CabinWatch® bagi memaparkan bahagian kerusi belakang pada skrin konsol tengah.

Untuk sistem bantuan pemanduan dan keselamatan, Honda Sensing® pada Odyssey 2021 dinaik taraf dengan unit radar depan lebih canggih. 

Ciri baharu yang ditambah ialah Pembrekan Kecemasan Pejalan Kaki dan Pengecaman Isyarat Lalu Lintas. 

Kawalan Jelajah Penyesuaian (ACC) kini mempunyai fungsi Ikutan Kelajuan Rendah ( Low-Speed Follow) di dalam keadaan trafik henti dan mula dari kelajuan 0 km/j.

Penggalak Brek Elektronik yang baharu pula membolehkan rasa injak yang lebih meyakinkan semasa membrek.

Satu perbezaan ketara di antara Odyssey pasaran AS dan tempatan ialah enjin yang digunakan iaitu 3.5 liter V6 i-VTEC®. Enjin besar itu mempunyai output kuasa 280 hp pada 6,000 rpm dan tork 355 Nm pada 4,700 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi sepuluh kelajuan automatik.

Walaupun mempunyai sesaran besar, enjin 3.5 liter itu menggunakan teknologi Variable Cylinder Management™ (VCM®) yang boleh menukar operasi di antara tiga dan enam silinder dan membantu dalam kecekapan penggunaan bahan api.

Berkenaan harga, Honda Odyssey 2021 dijual pada $31,790 (RM134,773) untuk varian asas LX manakala varian Elite paling premium pada $47,820 (RM202,732).

BACA: HONDA ACCORD DENGAN KIT MODULO, SEGAK JUGA KAN?

BACA: HONDA N-BOX JUARA LAGI DI JEPUN, NOMBOR 1 SETAKAT JUN 2020

BACA: HONDA FIT JDM DENGAN KIT HONDA ACCESS

Tags
Google ads
Back to top button