Buletin

HYPERION PERKENAL PROTOTAIP XP-1. DIJANA TEKNOLOGI HIDROGEN. JENTERA ALIEN KE NI?

Hyperion melancarkan prototaip baharu XP-1 yang kelihatan seperti Bugatti mendarat di angkasa lepas.

Model prototaip terbaharu ini menterjemahkan visi jangka panjang syarikat mempromosikan teknologi hidrogen.

XP-1 dikenali sebagai jentera pembangunan dan penyelidikan hidrogen hampir 10 tahun melibatkan lebih 200 penyelidik serta saintis.

Rekaan luaran jentera ini lebih berani dengan menampilkan ciri futuristik. Syarikat tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai  tetapi struktur kenderaan menggunakan komposit titanium serta vortex force.

Model XP-1 hadir dengan pintu v-wing dan kanopi kaca yang membolehkan ia digelapkan secara elektronik sekali gus memberi ruang privasi.

Jentera ini dilengkapi difuser komposit Kevlar, lampu LED dan teknologi aerodinamik dalam memastikan pemanduan lebih sempurna terutama ketika membelok pada kadar kelajuan tinggi. Bahagian sisi turut dilengkapi panel solar.   

Ia turut didatangkan dengan tayar Pirelli P Zero 20 dan 21 inci serta cakera seramik karbon berukuran 18 inci di bahagian hadapan dan 17 inci di belakang.

Ruang dalaman, XP-1 menawarkan paparan melengkung 98 inci dan teknologi kawalan pergerakan.

Ciri-ciri lain termasuk tempat duduk karbon fiber diperkemas dengan kulit menggunakan jahitan tangan.

Kereta ini mempunyai sel bahan bakar pertukaran proton, sistem simpanan hidrogen karbon dan teknologi penyimpanan tenaga ultra kapasitor.

Selain itu, model ini menampilkan pelbagai motor elektrik, pemacu semua roda dan transmisi tiga kelajuan. XP-1 mampu memecut dari 0 sehingga 96 km/j dalam tempoh kurang 2.2 saat. Ia berupaya mencatat kelajuan maksimum melebihi 356 km/j.

XP-1 dijangka memasuki produksi pada tahun 2022 dan dibangunkan di Amerika Syarikat. Pengeluaran terhad kepada 300 unit dan boleh custom mengikut kehendak pelanggan. – carscoops.

GALERI

Google ads
Back to top button