Walaupun agak jelas perubahan rekabentuk dan kemasan pada model 2019 yang akan dilancarkan esok, sebenarnya ada sisi lain yang baru kami lihat perbezaannya.
Jika dilihat menerusi brosur yang terdedah semalam, kelihatan beberapa bahagian dimensi motosikal Exciter versi 2019 ini yang berbeza dengan model semasa.
Di bawah ialah perbandingan Exciter antara model semasa dan model 2019
SPESIFIKASI | EXCITER 2015 | EXCITER 2019 |
ENJIN | Liquid cooled 4-stroke, SOHC | Liquid cooled 4-stroke, SOHC |
DIAMETER | 57,0 x 58,7 mm | 57,0 x 58,7 mm |
NISBAH MAMPATAN | 10,4 : 1 | 10,4 : 1 |
KUASA MAKSIMUM | 11,3 kW / 8500 rpm | 11,3 kW / 8500 rpm |
TORK | 13,8 Nm / 7000 rpm | 13,8 Nm / 7000 rpm |
SISTEM PENGHIDUP | Elektrik dan tendang | Elektrik dan tendang |
SISTEM KLAC | Basah | Basah |
SISTEM BAHANAPI | Fuel Injection | Fuel Injection |
TRANSMISI | 5 Kelajuan | 5 Kelajuan |
PANJANG X LEBAR X TINGGI | 1970mm X 670mm X 1080mm | 1985mm X 670mm X 1100mm |
JARAK RODA | 1290mm | 1290mm |
KELEGAAN BUMI | 135mm | 155mm |
TINGGI PELANA | 780mm | 795mm |
BERAT KESELURUHAN | 116 kg | 117 kg |
TANGKI BAHANAPI | 4,2 L | 4,2 L |
RANGKA | Backbone | Backbone |
SUSPENSI DEPAN | Teleskopik | Teleskopik |
SUSPENSI BELAKANG | monoshock | monoshock |
TAYAR DEPAN | 70/90-17M/C (38P) | 90/80-17M/C 46P |
TAYAR BELAKANG | 120/70-17M/C (58P) | 120/70-17M/C (58P) |
BREK DEPAN | Single disc brake | Single disc brake |
BREK BELAKANG | Single disc brake | Single disc brake |
Terdapat perubahan yang agak jelas terhadap dimensi keseluruhan motosikal jika kita bandingkan spesifikasi antara model semasa dan model 2019 iaitu;
- Dimensi berubah dari (Panjang x Lebar x Tinggi): 1.970 x 670 x 1.080 mm menjadi 1.985 x 670 x 1.100 mm. Panjang motosikal ini bertambah 15mm dan
- Ketinggian bertambah 20mm. Bagaimanapun, lebar tak berubah.
- Jarak kelegaan bumi bertambah dari 135 mm menjadi 155 mm. Secara teknikalnya, Y15ZR 2019 lebih tinggi 20mm.
- Ketinggian pelana bertambah 15mm, dari 780 mm menjadi 795 mm
- Pertambahan berat keseluruhan motosikal dari 116 kg menjadi 117 kg. Bertambah 1kg.
Jadi apa yang menyebabkan perubahan ini? adakah ada perubahan struktur? kerangka misalnya?
Jika berdasarkan brosur yang didedahkan pagi tadi, tiada perubahan kerangka atau badan. Paling ketara ialah bahagian lampu hadapan dan perumah meter sahaja.
Pada pendapat kami…
Faktor yang menjadikan motosikal ini lebih tinggi ialah perubahan saiz tayar hadapan dari 70/90-17 kepada 90/80-17. Kiraan diameter tayar bagi 70/90-17 ialah 557.8mm sementara untuk saiz 90/80-17 ialah 575.8mm
Ia berbeza 18mm jika dibandingkan spesifikasi tayar jenama yang sama. Perbezaan 20mm tersebut MUNGKIN disebebkan oleh penggunaan tayar yang berlainan pengeluar.
Ya. jika anda sensitif tentang tayar, walaupun dua tayar mempunyai saiz yang sama, terdapat sedikit toleran saiz beberapa mm antara jenama yang berbeza. Ada banyak faktor seperti kompaun, rekaan sidewall, corak dan rekabentuk.
GALERI