
TOYOTA MINTA YAMAHA BANGUNKAN ENJIN HIDROGEN V8 NA. KUASA CECAH 444HP, 540NM
Toyota telah meminta Yamaha untuk membangunkan sebuah enjin V8 aspirasi biasa (NA) yang menggunakan bahan api hidrogen.
Pengumuman itu dibuat selepas Toyota, Mazda, Subaru dan Kawasaki bersedia untuk bekerjasama dalam usaha memanjangkan hayat teknologi enjin pembakaran dalaman, pada masa yang sama mematuhi piawaian emisi.
Enjin itu bukanlah baharu sepenuhnya. Sebaliknya, enjin bersesaran 5.0 liter itu dibina berasaskan kepada enjin yang digunakan pada Lexus RC F coupe. Tetapi diubah suai dari segi pemancit bahan api, kepala, manifold pengambilan serta komponen-komponen lain.

Yamaha memberitahu enjin V8 berkenan mampu menghasilkan kuasa sehingga 444hp pada 6,800rpm dan tork 540Nm pada 3,600rpm. Angka itu sebenarnya sedikit kurang berkuasa berbanding enjin tradisional dengan 472hp dan tork 536Nm yang dipasang pada model RC F Track Edition.
Pada peringkat ini, masih belum ada pengeluar kenderaan yang mengumumkan bahawa teknologi itu bakal digunakan pada kereta mereka.
Jurutera Yamaha, Takeshi Yamaha memberitahu enjin berkenaan mempunyai karekter berbeza dengan enjin petrol biasa.
“Enjin hidrogen mudah digunakan tanpa memerlukan bantuan pemanduan elektronik. Mereka yang memandu uji kereta prototaip memang skeptikal pada peringkat awalnya. Tetapi kemudian berpuas hati dengan prestasinya. Jadi, saya percaya enjin hidrogen mempunyai potensi yang besar,” katanya.
- BACA: LEXUS LC 500 CONVERTIBLE TIBA DI MALAYSIA. ENJIN V8 470HP, RM1.35 JUTA SEUNIT
- BACA: BARU SEMINGGU BELI, MUSTANG V8 EDISI TERHAD HANCUR LANGGAR TIANG ELEKTRIK
- BACA: RANGE ROVER SPORT SVR ULTIMATE V8, INI BARU PUAS HATI!
- BACA: HYUNDAI PALISADE DILANCARKAN, DARI RM 328,888. ENJIN V8 3.8 GDI ATAU 2.2 CRDI