" "
Buletin

HONDA ZR-V BUKAN HR-V DI PASARAN CHINA

Jentera Honda ZR-V merupakan crossover sub-kompak baharu di pasaran China.

Model ZR-V baharu itu dibangunkan berdasarkan varian Honda HR-V 2023 di pasaran Amerika Utara.

Begitupun, mengapa Honda China tidak menamakan jentera baharu berkenaan sebagai HR-V?

Ia berikutan Honda turut akan menjual versi global HR-V di pasaran negara terbabit malah mula menjual varian EV HR-V.

Secara logiknya, pasaran besar dimiliki China mendapat semua varian kenderaan dari seluruh dunia.

Berbalik kepada ZR-V, model China tersebut hampir sama dengan HR-V di Amerika Utara tetapi terdapat perbezaan kecil pada bahagian bampar dan trim jentera.

Bahkan, versi NA didatangkan dengan tayar berbeza, ia kelihatan lebih kecil terutama pada bahagian belakang.

Model baharu itu mendapat khidmat enjin empat silinder 1.5 turbocharge yang mampu menjana kuasa 182 hp dan tork 240 Nm.

Honda ZR-V buatan China dengan kolaborasi GAC-Honda akan memasuki pasaran pada bulan Ogos ini. – carnewschina

Google ads
Back to top button