BOMBA SELAMATKAN 5 BERANAK NAIKI AVANZA DIHANYUT BANJIR
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan lima beranak termasuk seorang bayi yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dihanyut banjir di Kampung Dingir, Kuala Pilah.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pada pukul 5.30 petang itu, pemandu MPV terbabit cuba melalui jalan dinaiki air di lokasi berkenaan sebelum dibawa arus deras.
Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurucakap JBPM Negeri Sembilan berkata pihak Bomba menerima panggilan pukul 5.36 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah dengan dua jentera bergegas ke lokasi.
“Kami mendapati sebuah MPV berwarna biru tersangkut di kawasan semak selepas dipercayai dibawa arus dan maklumat mengatakan terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya.
Dia berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang ramai sebelum kelima-lima mangsa berjaya diselamatkan.
“Daripada maklumat diterima, pemandu MPV berkenaan cuba menyeberangi jalan yang dinaiki air, namun dibawa arus deras.
“Mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi. Semuanya tidak mengalami kecederaan, namun dibawa ke penempatan sementara menggunakan kenderaan bomba,” katanya. – Harian Metro
- BACA: CARA ELAK DARI ‘HANYUT’ BILA MEMANDU JARAK JAUH PADA WAKTU MALAM
- BACA: KAPAL KONTENA TERBAKAR, 3,965 KERETA TOTAL LOSS. VW GROUP RUGI RM651 JUTA
- BACA: LANGGAR ORANG KAMPUNG, TOYOTA AVANZA DIHUMBAN KE DALAM SUNGAI
- BACA: TOYOTA LANCAR AVANZA DAN VELOZ BAHARU DI INDONESIA. PLATFORM DNGA, HARGA BERMULA RM60,000