LITAR GO KART TERBESAR DUNIA BAKAL DIBINA DI BAWAH STADIUM TOTTENHAM HOTSPUR’S – STADIUM HIBRID NI BOH
Tottenham Hotspur’s sebuah kelab bolasepak dari UK baharu sahaja umumkan perkongsian selama 15 tahun dengan Formula 1. Antara hasil perkongsian termasuklah pembinaan sebuah trek go kart indoor di bawah stadium mereka. Fuh best tu.
Ia bakal menjadi stadium pertama di dunia yang lengkap dengan litar untuk go kart berkuasas elektrik dan bakal dibuka menjelang musim luruh 2023. Tak lama dah tu. Ia termasuklah pembukaan sebuah akademi untuk mencungkil bakat-bakat pemandu baharu yang bakal menjadi generasi pelapis pelumba F1.
Fasiliti go kart ini sedang giat dibina di stadium mereka yang berada di utara London. Ia bakal menempatkan litar yang berasingan untuk pemandu dewasa dan junior dan ia sudahpun diluluskan oleh National Karting Association.
Litar ini juga berpotensi untuk menjadi tuan rumah pertandingan go kart kebangsaan pada masa akan datang. Ia juga menjadi tunjang utama kerjasama antara dua badan sukan ini. Bukan itu sahaja ia juga bakal menjadi venu untuk aktiviti pendidikan murid-murid sekolah di sana dan mendedahkan mereka kepada peluang kerjaya dan bidang sukan motor. Mereka juga akan turut didedahkan dengan karier dalam bidang kejuruteraan dan pembangunan perisian.
Satu lagi agenda utama pada abad ke 21 ini semestinya tentang kelestarian alam sekitar dan perkongsian ini tidak terkecuali. Formula 1 sangat komited untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2030 dan Tottenham Hotspur’s komited untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau menjelang 2030 dan menjelang 2040 ia akan menjadi sifar.
Kami memang suka dengan konsep litar tertutup macam ni. Okeylah tu nak bawa anak isteri bersantai pun tak panas sangat. Kalau rasa nak kena cahaya matahari naik la kat bahagian atas untuk tengok bola. Anak-anak boleh belajar pandu go kart sambil mak ayah berdating minum kopi beng. Tak gitu?