Buletin

AIWAYS U6 PENCABAR TESLA MODEL Y?

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, Aiways bakal memberi saingan kepada Tesla Model Y dengan pengenalan U6.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu menampilkan rekaan lebih menarik dan sporty untuk menarik minat penggemar automotif terutama golongan muda.

Aiways U6 yang direka Ken Okuyama memiliki 60.96 milimeter (mm) lebih panjang berbanding model U5.

Ia hadir dengan bumbung dipadankan ciri kaca tinted, lampu utama diterjemahkan daripada rekaan air terjun serta bahagian hadapan yang mendapat inspirasi daripada hidung ikan jerung.

Dengan rekaan aerodinamik, jentera U6 mempunyai pekali seretan mengagumkan sebanyak 0.26 lebih rendah berbanding model U5.

Ia sekali gus menjadikan U6 hampir standing Mercedes EQS yang didatangkan pekali seretan pada 0.20 merupakan paling rendah dalam segmen produksi kereta.

SUV elektrik itu turut dilengkapi jalur LED melintang pada bahagian belakang dipadankan lampu belakang dan rim aluminium 12 inci menyerlahkan lagi sisi sporty kenderaan berkenaan.

Ruang dalaman pula, ia menggabungkan tempat duduk sport dipadankan peyandar kepala audio dan roda stereng seperti jentera Formula E.

Aiways U6 turut didatangkan skrin tengah tanpa bingkai 16.6 inci manakala skrin kedua 8.2 inci.

Dari segi keselamatan, struktur unik pek bateri direka untuk membendung coolant dari memasuki modul bateri apabila kemalangan sekali gus mengurangkan risiko kebakaran.

Begitupun, tidak didedahkan mengenai perincian teknikal kenderaan tersebut.

Jualan Aiways U6 dijangka bermula penghujung tahun ini di China dan Eropah. – carbuzz

Google ads
Back to top button