HYUNDAI BERI SUBSIDI KEPADA PENGEDAR DAN PERUNDING JUALAN
Bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya majikan menjaga kebajikan pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini menawarkan subsidi kepada pengedar dan perunding jualan demi meringankan beban kewangan mereka.Â
HSDM akan menyediakan satu elaun khas kepada perunding jualan mulai April hingga Jun 2020. Subsidi itu hanya layak untuk mereka yang sudah bekerja lebih tuga bulan dan akan diterima dripada pengedar masing-masing.
Pengedar pula ditawarkan dengan subsidi kewangan untuk pemasaran dalam talian. Selain pembelian pembersih tangan, nyah jangkitan serta termometer untuk kegunaan di premis mereka.Â
HSDM memberi jaminan bahawa langkah-langkah keselamatan akan dilaksanakan.
Antaranya pemeriksaan suhu badan dan sanitasi ke atas semua kakitangan serta pengunjung. Proses nyah jangkitan juga akan dilakukan dengan kerap terutama di kawasan yang sentiasa dikunjungi ramai.Â
Malah, kereta yang dipandu uji akan disanitasi sebelum dan selepas setiap sesi bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk digunakan.