Buletin

VAUXHALL FIRENZA ‘DROOPSNOOT’, COUPÉ ERA FORD CAPRI

Pada tahun 1971 Vauxhall menawarkan sebuah coupé yang dikenali sebagai Firenza. Model ini dibangunkan pada era Ford Capri yang terkenal. 

Sebelum Firenza diperkenalkan, Vauxhall terlebih dahulu melancarkan Viva yang turut mempunyai gaya badan dua dan empat pintu. Di Afrika Selatan, coupé ini dikenali sebagai Chevrolet Firenza.

Nama Firenza merujuk kepada Firenze,  sebuah bandar di Itali yang dikenali sebagai Florence dalam bahasa Inggeris.

Firenza mempunyai senarai panjang dengan pelbagai jenis enjin ditawarkan di antaranya 1159cc, 1256cc, 1972cc, 1598cc,1971cc hingga 2279 cc.

Pada tahun 1973, Vauxhall memperkenalkan varian paling berkuasa iaitu HP (High Performance) Firenza.

HP Firenza hadir dengan bahagian depan unik dan dari situ nama panggilan Droopsnoot diperolehi dan ternyata mendapat perhatian ramai.

Selain bahagian depan unik, HP Firenza adalah model Vauxhall yang pertama dibekalkan enjin lima kelajuan manual.

Enjin 2.3 liter Slant Four yang digunakan pula bukan biasa-biasa dengan pelbagai komponen dibangunkan oleh Blydenstein Racing dan output enjin 131 bhp.

Di antara komponen istimewa HP Firenza ialah karburator berkembar 175 Stromberg, aci sesondol high lift, manifold ekzos free flow,  kotak gear ZF dog leg, suspensi dan brek dipertingkatkan.

Daya pecutan dari 0 hingga 97 km (60 bsj) ialah 7.6 saat dengan kelajuan maksimum 193 km/j.

Pengenalan HP Firenza juga menyaksikan kembalinya Vauxhall ke arena sukan permotoran dan dikenali sebagai DTV atau Dealer Team Vauxhall.

Kehebatan Firenza yang dikagumi dan gah di litar lumba nampaknya tidak diterjemahkan pada angka jualan.

Faktor kegagalan Firenza antaranya disumbangkan oleh krisis minyak dan hanya 204 unit dikeluarkan berbanding 1,000 unit setahun.

Walaupun tidak seperti dirancang, Droopsnoot menjadi barangan koleksi pada hari ini manakala ciri-ciri aerodinamik mempengaruhi model Vauxhall lain seperti Chevette, Cavalier dan Carlton.

BACA: VAUXHALL VXR8 GTS-R, ENJIN LSA 6.2L V8!

BACA: PADA 2004 VAUXHALL VXR220 DIPERKENAL, ‘SEPUPU’ LOTUS ELISE

BACA: VAUXHALL VIVARO LIFE, ADIK SEPUPU VAN TOYOTA PROACE

Google ads
Back to top button