Artikel Pilihan

HYUNDAI PALISADE : SUV KEMEGAHAN KOREA

Suatu ketika dahulu, jenama Hyundai ini ramai yang memperlekehkan. Baik dari segi rekaan, mahupun dari segi kualiti yang ditawarkan. Tapi itu cerita lama. Semangat 1Korea yang diterapkan pemimpin mereka berjaya merubah kepada segenap pelusuk. Daripada sektor automotif, hiburan membawa ke dunia animasi. Habis mereka tawan.

BACA : HYUNDAI DEDAH FOTO RASMI SANTA FE

BACA : DEBUT DUNIA HYUNDAI KONA 

Dan jenama Hyundai ini jelas mewakili semangat 1Korea yang diterapkan. Bagi bersaing dengan SUV dalam liga yang lebih tinggi, maka sudah tentu Hyundai harus mempunyai wakil yang setara. Dan Hyundai Palisade ini adalah jawapan yang dinantikan. Sebuah SUV kemegahan milik Hyundai.

Dikeluarkan di kilang Ulsan Korea, SUV ini jelas terasa kebesaran dan kemegahan. Tapi yang paling penting, ianya tidak kelihatan seperti K-Pop langsung. Gaya Amerika orang kata. Tidak hairanlah kalau ianya terlebih dahulu dipamerkan untuk tatapan umum pada Los Angeles Auto Show.

Bertambah menarik mengenai model SUV yang mampu memuatkan tujuh penumpang dengan selesa, rekaannya telah diketuai oleh anak tempatan Sang Yup Lee yang bertindak selaku Ketua Pereka sambil dibantu oleh pasukan pereka global Hyundai.

Pandangan depan, rekaan gril yang dominan, berani dan besar jelas menunjukkan sisi premium Palisade ini. Kelihatan agak menarik juga rekaan cermin sisi belakang yang dipisahkan dengan cermin pintu belakang. Jelas sekali pengaruh SUV gaya Amerika diterapkan kepada SUV buatan Korea ini.

Rekaan belakangnya juga jelas lebih terarah kepada gaya Amerika. Baru minat mat saleh kepada SUV buatan Korea ini kan.

Manakala bahagian dalamannya juga turut menerima sentuhan dan gaya premium apabila balutan kulit Nappa digunakan bagi menjamin keselesaan dan kesedapan penumpang.

Menambahkan lagi keselesaan penumpang di bahagian belakang, apabila Captian Seat digunakan. Barulah selesa orang rumah yang duduk di bahagian belakang. Manakala anak – anak duduk diam – diam kerusi di barisan ketiga.

Walaupun Palisade ini mempunyai tiga barisan tempat duduk, namun perekanya tidak juga berkompromi dengan ruangan boot belakang. Setakat pergi shopping Wallmart beli barangan dapur, masih boleh muat lagi nak simpan tanpa perlu melipat kerusi. Jelas itu kelebihan yang ada pada SUV kemegahan Korea dengan gaya Amerika ini.

Manakala bagi nadinya, SUV sebesar ini selayaknya menggunakan enjin bersesaran 3.8 liter V6 CCVT yang mampu menghamburkan kuasa 291 HP dengan tork 262 lb.-ft @ 5,000 rpm. Kuasa yang tinggi ini dipadankan pula dengan kotak gear lapan kelajuan.

Selain daripada tipikal ciri – ciri keselamatan seperti Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Blind Spot Collision-Avoidance Assist, dan juga Safe Exit Assist, SUV ini turut dilengkapi dengan Hyundai HTRAC All-Wheel-Drive (AWD). Mode pengawalan pemanduan ini turut mempunyai Snow Mode. Tak adalah risau sangat terbabas ke apa nanti kan.

Ok lah. Tiba – tiba Brader Karrager tak jumpa pula idea nak membuat penutup artikel. Mohon ampun! Kita tamat sini sahajalah ya.

Google ads

B K

Back to top button