
HYUNDAI, FORZE GABUNG NAK BIKIN JENTERA LUMBA HIDROGEN PALING LAJU DI DUNIA
Forze Hydrogen Racing menjalin kerjasama dengan Hyundai membangunkan Forze IX yang didakwa jentera perlumbaan dijana kuasa hidrogen terpantas di dunia.
Jentera memiliki berat 1,500 kg itu dijana sistem sel bahan api berkembar mampu menjana kuasa maksimum mencecah 800 hp.
Ia boleh memecut pada kelajuan 96 km/j dalam tempoh 3 saat sahaja dan dijangka mampu mencecah kelajuan maksimum melebihi 300 km/j.
Bagi membangunkan jentera terbabit, Forze akan mendapat bantuan Hyundai sebagai konsultan untuk kuasa hidrogen.
Syarikat pengeluar Korea Selatan tersebut akan menyediakan barisan jurutera dari Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah di Russelheim, Jerman untuk pasukan Forze.
Forze IX bukanlah jentera pertama pasukan berkenaan kerana pernah membangunkan Forze VI pada tahun 2015 yang membikin rekod di litar Nurburgring, Nordschleife sebagai kenderaan dijana kuasa hidrogen pada catatan masa kurang daripada 11 minit. – carscoops
- BACA: SARAWAK BAKAL ADA STESEN PENGISIAN HIDROGEN BERSEPADU JENAMA PETROS
- BACA: 7 KERETA DIHASILKAN BILA SYARIKAT AUTOMOTIF BEKERJASAMA
- BACA: HYUNDAI PALISADE DAN KONA FACELIFT 2021 BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA TAHUN INI
- BACA: HYUNDAI TERIMA LEBIH 236K PERTANYAAN TENTANG IONIQ 5. PALING TINGGI SETAKAT INI









