
SUZUKI RG SPORTS 2002 BUATAN MALAYSIA NAK DIJUAL PADA HARGA RM142K DI VIETNAM
Masih ingatkah kepada peminat motosikal Vietnam yang sanggup membeli Yamaha 125zr Go! edisi pelumba MotoGP, Valentino Rossi tahun 2003 pada harga RM85,000.
Kali ini lelaki dikenali sebagai Cuong Martin itu ingin melepaskan model Suzuki RG Sports tahun 2002 pada harga melebihi 800 juta VND (RM142,000).
Menurut laporan MOTOSaigon, motosikal berusia hampir 19 tahun tersebut tidak pernah diisi petrol.

Bahkan, ia masih dalam keadaan baik kerana tidak pernah ditunggang oleh sesiapa kerana menjadi koleksi lelaki terbabit.
Untuk rekod, Suzuki RG Sports mula diimport memasuki pasaran Vietnam bermula pada tahun 1996 hingga 1998 dilengkapi enjin dua lejang 110 cc dengan sistem penyejukan udara dipadankan transmisi lima kelajuan manual ataupun automatik.

Ia didatangkan dengan tangki berkapasiti 5.2 liter mampu menjana 14.5 hp pada 7,500 rpm.
Secara logiknya, motosikal yang hendak dijual tersebut seperti jentera baharu tetapi sudah berusia. – MOTOSaigon, FB Cuong
- BACA: YAMAHA 125ZR DIJUAL PADA HARGA RM85,000. INI BUKAN SEMBANG DERAS!
- BACA: 4 DEKAD PEGANG JAWATAN. AKHIRNYA PENGERUSI SUZUKI UNDUR DIRI PADA USIA 91 TAHUN
- BACA: SUZUKI HAYABUSA 2021. LEBIH AERODINAMIK, 187HP, TOP SPEED 300KM/J
- BACA: RAMPASAN KUASA DI MYANMAR, SUZUKI HENTIKAN SEMENTARA OPERASI DUA KILANG DI YANGON









