Motosikal

MOTOGP SHELL MALAYSIA 2016 CATAT BANYAK REKOD KALI PERTAMA 

MotoGP™ Shell Malaysia 2016 yang berlangsung  baru-baru ini merupakan acara yang tidak dapat dilupakan bagi sekumpulan peminat dan Shell Advance.

Kemenangan pelumba Ducati Corse, Andrea Dovizioso buat pertama kalinya dalam MotoGP™ untuk tempoh tujuh tahun menyempurnakan acara jenama minyak enjin motosikal paling laris di Malaysia itu.

shell-advance-ride-thru-oil-change-mekanika-4

Shell Advance telah membuat keputusan untuk mendekati ribuan peminat MotoGP™ yang juga pemilik motosikal dari serata Malaysia yang pergi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu tersebut. Ia dilakukan menerusi “Shell Advance Ride-Thru Service” yang pertama seumpamanya untuk motosikal di bawah 250cc.

Pada penghujung acara perlumbaan selama tiga hari itu, lebih 1,000 penunggang motosikal mengambil peluang untuk mendapatkan servis motosikal. Selain pek minyak enjin motosikal premium Shell Advance di Shell Advance Ride Thru Service.

shell-advance-ride-thru-oil-change-mekanika-1

Ramai menyatakan penghargaan atas servis yang diberikan secara percuma itu. Ia penting bagi mempersiapkan mereka menghadapi perjalanan yang jauh dengan lebih lancar bersama Shell Advance.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim memberitahu, program pada tahun ini telah bermula dan berakhir dengan begitu hebat sekali buat Shell Advance.

shell-lubricants-ducati-sentul-mekanika-1

“Sebelum hujung minggu perlumbaan, pasukan Ducati telah bersetuju untuk mengadakan lawatan yang tidak pernah diadakan sebelum ini ke pusat bengkel motosikal di Jalan Sentul untuk melawat rakan niaga Shell Advance.

“Kami juga ada mengumumkan lanjutan tempoh penajaan utama MotoGP™ Malaysia oleh Shell Malaysia selama empat tahun lagi sehingga 2020. Kami juga mencatat  kemenangan bersejarah Ducati di litar.

shell-lubricants-ducati-sentul-mekanika-2

“Pada masa yang sama, Shell Advance berjaya mencatat rekod jualan dan program penukaran minyak. Program itu memberi peluang kepada para penunggang motosikal untuk mencuba minyak yang membawa kemenangan kepada Ducati,” kata Alex.

Sempena sambutan yang ke-125 tahun warisan Shell di Malaysia, Shell mengukuhkan kerjasama dengan SIC sebagai penaja utama MotoGP™ Malaysia. Ia bukan sahaja untuk masa depan sukan tersebut, malah untuk negara dan rantau ini.

Acara ini merupakan platform yang terbaik buat Shell dalam mempromosikan produknya seperti jenama bahan api premium V-Power dan barisan minyak motosikal premium Advance.

paolo-ciabatti-ducati-corse-2016-mekanika

Mekanika Malaysia juga berpeluang untuk menikmati Shell VIP Village pada hari perlumbaan MotoGP 2016. Dah nama pun VIP, pelbagai keistimewaan yang diterima sepanjang perlumbaan berlangsung.

Antaranya termasuklah akses ke ruang berhawa dingin untuk menonton perlumbaan, hidangan makanan dan minuman tanpa henti, akses ke grandstand, pas parkir, liputan secara langsung perlumbaan di skrin televisen serta  banyak lagi.

Apa yang lebih menarik, kami sempat menemuramah Ketua Pasukan Sukan Ducati Corse, Paolo Ciabatti. Beliau berkongsi banyak informasi mengenai pasukan Ducati Corse yang akhirnya menjuarai MotoGP 2016 di Sepang menerusi pelumba Andrea Dovizioso.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Shell Advance, sila layari  laman web: www.shell.com.my/advance.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button