HYUNDAI GRANDEUR 2025, PENYAMBUNG KERETA TERLARIS KOREA
Pengguna kereta di sesebuah negara mempunyai cita rasa dan keperluan masing-masing. Model yang laku di negara A tidak semestinya laku di negara B.
Sebagai contoh pikap menduduki takhta jualan terlaris di Australia dan Thailand manakala sedan dari Perodua mewakili negara kita pada 2023.
Bagaimana pula Korea yang tampil dengan model-model elok dari Hyundai dan Kia?
Sedan eksekutif Hyundai Grandeur menduduki carta kereta terlaris pada 2023 dengan jualan sebanyak 113,047 buah. Grandeur juga pernah menjadi kereta terlaris Korea pada tahun-tahun sebelum itu.
Grandeur atau turut dikenali sebagai Azera sudah lama di pasaran atau lebih tepat lagi sejak 1986.
Generasi pertama dijenamakan semula dari Mitsubishi Debonair dan menariknya model generasi ketujuh di pasaran sekarang membawa semula tiang C dengan tingkap sukuan seperti model pertama.
Dikeluarkan sejak November 2022, Hyundai memperkenalkan Grandeur 2025 dengan naik taraf kelengkapan manakala rekaan kekal elok dan kemas.
Terdapat empat enjin yang ditawarkan kepada pelanggan seperti berikut:
Petrol
- 2.5 liter Smart Stream: 198 ps @ 6,100 rpm, 248Nm @ 4,000 rpm (2WD)
- 3.5 liter Smart Stream V6: 300 ps @ 6,400 rpm, 359Nm @ 5,000 rpm (2WD, AWD)
- 3.5 liter Smart Stream V6 LPG: 240 ps @ 6,000 rpm, 314Nm @ 4,500 rpm (2WD)
- Kotak gear automatik lapan kelajuan
Petrol hibrid
- 1.6 liter Smart Stream Turbo Hybrid: 180 ps @ 5,500 rpm, 265Nm @ 1,000 rpm (2WD)
- Motor elektrik: 44.2 kW, 264Nm
- Kuasa keseluruhan: 230 ps @ 5,500 rpm
- Kotak gear automatik enam kelajuan
Grandeur 2025 dilengkapi pelbagai teknologi dan perkakasan asas seperti Bantuan Pengekalan Lorong (LKA) 2, Sistem Pengesanan Gengaman Stereng dan Lampu Penutup But.
Turut dilengkapi Pemadam Api Dalaman, Lampu Tali Pinggang Keledar Belakang dan beberapa lagi.
Untuk Grandeur Calligraphy, Hyundai menambah Black Exterior Package dengan perkakasan hitam seperti jeriji dan emblem.
Fungsi kemas kini dalam talian (OTA) pula turut merangkumi kawalan penyaman udara untuk pengguna menikmati ciri terbaru.
Grandeur Calligraphy turut dilengkapi papar pandu bernilai 990,00 won (RM3,401) dan beberapa lagi penambahan manakala harga jualan hanya bertambah 830,000 won (RM2,851).
Di sebalik peningkatan harga, Grandeur Calligraphy sebenarnya lebih murah.
Harga Hyundai Grandier 2025:
2.5 liter Smart Stream
- Premium: KRW37.68 juta (RM129,413)
- Exclusive: KRW42.58 juta (RM146,243)
- Calligraphy KRW47.21 juta (RM162,116)
3.5 liter Smart Stream
- Premium: KRW40.15 juta (RM137,858)
- Exclusive: KRW45.05 juta (RM154,687)
- Calligraphy KRW49.68 juta (RM170,584)
1.6 liter Smart Stream Hybrid
- Premium: KRW42.91 juta (RM147,349)
- Exclusive: KRW47.81 juta (RM164,190)
- Calligraphy KRW52.44 juta (RM180,090)