Buletin

HYUNDAI LANCAR 2 PROGRAM KESETIAAN SELEPAS JUALAN

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan dua program kesetiaan selepas jualan iaitu i-Care Plus dan Loyalty Card yang menawarkan diskaun serta hadiah eksklusif buat para pelanggan Hyundai. 

i-Care Plus hanya layak untuk kenderaan berusia empat tahun dan ke atas. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana pusat servis sah Hyundai di seluruh negara.

Dengan hanya RM20, pelanggan akan menerima enam baucar diskaun yang menawarkan potongan sebanyak 10 peratus ke atas alat ganti terpilih dan diskaun 5 peratus untuk kos buruh. Dua botol minyak enjin dan penapis minyak juga akan diberikan secara percuma. 

Boleh didapati dalam tempoh terhad bermula 1 April, program i-Care Plus sah digunakan selama 35 bulan mulai tarikh pembelian. 

Loyalty Card pula ialah keistimewaan eksklusif yang diberikan secara automatik menerusi pemilikan mana-mana model Hyundai. Keistimewaan tersebut merangkumi promosi bulanan seperti diskaun sebanyak 20 peratus ke atas produk KLIMA Fresh dan BlueChem sepanjang April. 

Pelanggan boleh mengharapkan lebih banyak keistimewaan dengan diskaun ke atas perkhidmatan selepas jualan, barangan Hyundai dan nilai trade-in lebih tinggi apabila membeli kenderaan Hyundai yang lain. Pelanggan sedia ada boleh mendaftar untuk mendapatkan Loyalty Card secara percuma di mana-mana pusat servis sah Hyundai. 

Mereka yang berminat tentang kedua-dua program ini boleh hubungi talian 1300-13-2000 atau layari laman web: www.hyundai.com.my  

Google ads
Back to top button