Buletin

HYUNDAI SANTA CRUZ CONCEPT – UTE UNTUK PASARAN AUSTRALIA?

Nampaknya model ute masih diminati ramai. Antara pasaran yang menghargai kenderaan dengan body style macam ini ialah Australia. Seperti yang kita tahu, Proton Arena atau dikenali sebagai Jumbck di sana memang cukup popular.

Sekarang, timbul pula berita bahawa divisyen komersial Hyundai sedang giat melobi ibu pejabat mereka untuk hasilkan sebuah ute. Dengar kata, mereka sudah membentangkan kes perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu, baru sekarang ada nampak hasilnya.

Sebelum ini, Hyundai ada mendedahkan model Santa Cruz concept pada acara Detroit Motor Show 2015 yang dilihat sebagai sebuah ute gaya hidup.  Tetapi, menurut CarAdvice, Hyundai Australia mahukan satu rangkaian ute yang terdiri daripada varian-varian seperti low-rider, high-rider, dual cab, single cab serta extra cab dengan pacuan roda 4×2 dan 4×4.

Dalam satu temubual, CarAdvice diberitahu bahawa projek ute tersebut mula berjalan semula baru-baru ini.

“Kami telah menjalankan kajian yang terperinci melibatkan pelbagai aspek termasuklah persaingan. Selepas hampir lima tahun dan mendapat maklum balas daripda pasaran lain yang turut menunjukkan minat ke atas ute ini, HMC baru memberi lampu hijau kepada kami,” kata Ketua Pegawai Operasi Hyundai Australia, Scott Grant.

Sebuah SUV yang berasaskan kepada ute itu akan membentuk sebahagian daripada trategi produk Hyundai di Australia. Ia akan memberi saingan kepada model-model seperti Ford Everest, Mitsubishi Pajero Sport dan Holden Trailblazer.

Ditanya mengenai ute versi prestasi, Grant menyatakan ia tidak mustahil untuk dihasilkan.

BACA: PANDU UJI – HYUNDAI IONIQ, JENTERA HIBRID PADA NILAI TERBAIK

BACA: PEMANDU WANITA LEBIH PEMARAH – KAJIAN HYUNDAI UK

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button