Artikel PilihanMotosikal

BREK BELAKANG GUNA IBU JARI?, “THUMB BRAKE” BUKANLAH TEKNOLOGI BARU

Dalam arena perlumbaan kompleks seperti MotoGP, pelbagai teknologi dimajukan untuk memastikan penunggang mampu memecut dengan pantas. Kepantasan keluar masuk selekoh adalah cabaran paling utama bagi mana-mana pengeluar dan juga pelumba.

BACA: KENAPA WINGLET MOTOGP DIHARAMKAN?

Antara faktor yang mendorong teknologi ini dibangunkan ialah kerana faktor komposisi fizikal penunggang yang bersaiz tinggi. Sewaktu mengambil Selekoh Kanan dengan kecondongan maksimum kebiasaannya kaki mereka akan mencecah aspal bila ia berada pada posisi menekan lever brek belakang.

Penyelesaian diambil dengan membina satu tuil brek tambahan yang dikenali sebagai “thumb brake” di bahagian bar hendal kiri di bahagian bawah tuil klac. Ia berfungsi sama seperti pedal brek di bahagian kaki Cuma kali ini, aplikasinya menggunakan ibu jari.

Brek kaki (belakang) hanya digunakan penunggang untuk masuk ke selekoh kiri dan jalan lurus, ia masih berfungsi seperti biasa.

Tuil ini digerakkan dengan ibu jari dengan cara menekan ke depan. Kalau anda biasa tengok motor seperti Can-Am, ia ada lever ni, tapi untuk menukar gear. Fungsi pada moto perlumbaan pula adalah untuk brek. Ia tidak mengganggu aplikasi klac bagi penunggang yang mahir.

Dalam video di bawah Danilo Petrucci menerangkan dengan terperinci bagaimana beliau mengubahsuai sistem brek motornya. Menurut beliau juga, pelumba awal yang menggunakan brek sedemikian ialah Mick Doohan kerana kaki kanan beliau yang lemah kesan kemalangan yang dialaminya.

Thumb brake ini sangat berguna di litar yang sempit, pendek dan banyak selekoh di mana penunggang perlu menggunakan brek belakang kerap dan menukar arah tunggangan seperti di litar Jerez. Menurut Petrucci juga, beliau banyak bergantung pada brek ini di selekoh 1 dan 2 di litar tersebut.

Nah, saksikan ini video untuk lebih jelas

BACA: REPLIKA MOTOGP KTM AKAN DIJUAL PADA 2018

BACA: 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT

 

 

 

 

Google ads
Back to top button