Buletin

SENSOR UNDUR JADI PUNCA KEBAKARAN, HYUNDAI PANGGIL SEMULA 26,169 VELOSTER TAHUN 2012-2013

Hyundai akan memanggil semula 26,169 unit Veloster dari model tahun 2012 dan 2013 setelah sensor undur belakang menjadi punca kebakaran lima buah kenderaan di Amerika Syarikat.

Hyundai dilapor menyedari masalah berkenaan setelah mendapat laporan kebakaran di Kanada pada Julai 2022.

Hasil siasatan mendapati bahawa pengedap silikon pada Reverse Park Aid Sensor Veloster tidak cukup tahan terhadap air.

Menurut Hyundai, jika mana-mana bahan konduktif memasuki penderia, ia boleh menyebabkan pintasan, yang seterusnya boleh mengakibatkan kebakaran.

Walau bagaimanapun, pembuat kereta itu boleh menarik nafas lega kerana permasalahan terbabit tidak mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

Selain terbakar, ia juga boleh menyebabkan bantuan tempat letak kereta tidak boleh berfungsi, atau lebih malang, transmisi tersekat pada ‘P’.

Mengenai panggilan semula, Hyundai bakal berhubung dengan pemilik Veloster 2012-2013 mulai 29 April. Mereka akan diminta menghantar kenderaan kepada pengedar untuk menukar sensor parkir dan fius.

Google ads
Back to top button