Buletin

HYUNDAI SONATA GEN 8 –COUPE 4 PINTU YANG SEKSI

Hyundai Motor semalam mendedahkan model Sonata generasi seterusnya yang tampil dengan rupa sebuah coupe empat pintu sporty.

Sonata generasi kelapan itu menjadi model pertama yang hadir dengan konsep rekaan Sensuous Sportiness Hyundai.

Ia dilihat menukar sepenuhnya penampilan Sonata generasi sebelumnya yang diperkenalkan pada tahun 2014.

Sonata serba baharu ini mengambil inspirasi daripada model konsep Le Fil Rouge yang melakukan debut pada acara Geneva International Motor Show 2018.

Sensuous Sportiness didefinisikan melalui empat eleman asas yang harmoni dalam rekaan kenderaan iaitu perkadaran, seni bina, gayaan dan teknologi. Bahagian hadapan diserlahkan dengan gril seperti sebuah kereta sports yang garang.

Lampu nyalaan siang (DRL) disepadukan bersama teknologi lampu termaju, Hidden Lighting Lamps (HLL) yang pertama pada kenderaan Hyundai.

Lampu utama tersebut kelihatan seperti material krom apabila dipadamkan dan menyala dengan penuh dramatik sebaik sahaja dihidupkan.

Seni bina lampu itu pernah didedahkan pada Busan Motor Show 2018 menerusi model konsep Hyundai HDC2. Ia dikatakan bakal menjadi identity rekaan Hyundai pada masa depan.  

Ia 30mm lebih rendah dan lebar lebih 25mm. Tapak roda dipanjangkan sebanyak 35mm dan panjang 45mm.

Ruang kabin pula diinspirasikan daripada pesawat Stealth. Sekali pandang, bentuknya seperti terapung, bersama kemasan katin.

Pasukan pereka bentuk merendahkan sedikit posisi papan pemuka dan corong pendingin udara. Sementara penggunaan warna fabrik dan kulit yang agak cerah memberikan embien segar kepada pemandu.

Tags
Google ads
Back to top button