Buletin

HYUNDAI “TYPE-R” i30N RASMI DILANCARKAN. RM298,888

Dalam senyap-senyap, Hyundai Sime Darby Motor Malaysia membuat kejutan dengan memperkenalkan flagship sports hatchback mereka – i30N ke pasaran Malaysia.

Majlis pelancaran tersebut dilancarkan sederhana namun sudah tentu, model yang menjadi percaturan dalam segmen C kelas prestasi tinggi ini mendapat perhatian ramai.

Seperti yang sedia maklum, i30N merupakan eksperimentasi terkini Hyundai Motor untuk bersaing dalam segmen hot hatch yang dipelopori beberapa nama besar seperti Honda CIvic Type-R, Volkswagen Golf R, Renaulte Megane RS dan Ford Focus RS.

Hampir kesemuanya ada di pasaran Malaysia, kecuali Ford Focus RS. Ia satu percubaan yang berani untuk meneroka pasaran kecil.

N-PERFORMANCE

Hyundai i30N direka di bawah sayap pembangunan berprestasi tinggi Hyundai baru yang dikenali sebagai N Performance. N Performance lahir dari ilham Albert Biermann yang berpengalaman luas dan merupakan bekas Pengarah BMW bahagian M Division.

Hyundai i30N dibina bedasarkan platform i30 dan dipasangkan dengan enjin 2.0 T-GDi empat selinder. Ia mampu menghasilkan sejumlah 271bhp pada 6000rpm dan 353 Nm tork pada 1450 – 4500rpm.

Kesemua kuasa ini disalurkan pada roda hadapan dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 250km/j.

Walaupun agak lewat memperkenalkan kereta berprestasi tinggi, Hyundai i30N hadir dengan pakej yang cukup menarik. Ia dilengkapi fungsi pilihan lima mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Sport N dan N Custom yang dikawal dengan menggunakan dua butang pada roda stereng.

Dan lebih penting lagi, kereta ini didatangkan dengan transmisi manual ENAM kelajuan.

Ya manual, dari Hyundai tuan tuan.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga — dan akan dijual secara eksklusif pada jualan Lazada 12.12 Grand Year Sale.

Untuk menjadikannya lebih unik, Hyundai Malaysia menawarkan pra tempahan sebanyak 20 unit yang boleh ditempah mulai 2 Disember menerusi fungsi pra tempahan “Chup Dulu”

Pembeli yang menempah i30N dalam tempoh 2 hingga 11 Disember hanya perlu membayar 50% wang tempahan sebanyak RM1000 (harga biasa RM2,000).

20 pembeli yang berjaya akan mendapat pakej perjalanan percuma ke Korea untuk pengalaman pemanduan di litar di sana.

Tapi berapa harganya ni?

i30N Performance boleh dimiliki pada harga RM298,999 (semenanjung Malaysia, tanpa insurans)

Sebagai perbandingan Harga sebuah Honda Civic Type R ialah RM330K, Golf R RM305K dan Megane RS280 RM280K.

GALERI

Google ads
Back to top button