Artikel Pilihan

IMEJ HONDA CR-V 2023, BOCOR DARI KEMENTERIAN INDUSTRI CHINA

Beberapa minggu lepas imej paten Honda CR-V terbaru terdedah dengan tidak sengaja di laman sesawang dan tersebar di seluruh dunia. Namun kali ini gambar keseluruhan SUV terlaris Honda ini bukan lagi menjadi rahsia kerana ia terbocor sekali lagi ke laman sesawang

Imej ini dikatakan tertiris sewaktu menjalani proses homologasi di negara China oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat. Sewaktu menjalani proses homologasi, imej terbaru Honda CR-V ini diterbitkan oleh laman sesawang kementerian terbabit

Walaupun imej Honda CR-V ini adalah model untuk pasaran China, besar kemungkinan ia akan menggunakan rekaan yang hampir sama bagi pasaran di seluruh dunia. Model generasi ke 6 ini mengalami perubahan yang ketara berbanding dengan model generasi ke 5

Laman sesawang kementerian terbabit turut mendedahkan beberapa maklumat penting berkenaan Honda CR-V yang dihasilkan oleh Dongfeng Honda seperti panjang keseluruhan 4703mm, lebar 1866mm dan tinggi 1690mm.

Tambah menarik lagi Honda CR-V di dalam gambar ialah lencana AWD yang dipasang membawa maksud ada 2 utama yang akan dilancarkan nanti iaitu varian pacuan semua roda dan varian pacuan roda depan sahaja.

Maklumat awal mendapati varian pacuan 2 roda berupaya membawa 5 penumpang manakala varian pacuan semua roda datang dengan kapasiti 7 tempat duduk. Samaada varian AWD dengan 7 tempat duduk ini sampai ke Malaysia masih tidak dapat dipastikan lagi.

Honda CR-V ini juga mengenakan logo “Turbo”, jadi kita boleh membuat andaian ia akan dikuasakan dengan enjin 1500cc 4 silinder VTEC dan juga turbo yang sama seperti sebelum ini. Enjin ini menjana sekitar 190 kuasa kuda dan 243Nm tork serta dipadankan dengan transmisi CVT.

Varian pacuan roda depan akan menggunakan rim berjejari 17 inci manakal varian pacuan semua roda akan menggunakan rim bersaiz 18 inci. Kedua-dua varian memiliki berat sekitar 1685kg dan jarak antara roda ialah 2700mm

Pada bulan Februari 2022 yang lepas, Honda Malaysia turut mengesahkan mereka akan memperkenalkan 2 model SUV baru pada tahun ini. Tapi besar kemungkinan model yang dimaksudkan ialah Honda BR-V dan juga Honda HR-V dan kita menjangkakan Honda CR-V akan diperkenalkan pada tahun depan.

Google ads
Back to top button