PANIK DIKEJAR POLIS, DUA FORD MUSTANG KLASIK JADI MANGSA
Betul lah orang kata, malang tidak berbau. Apatah lagi melibatkan kemalangan melibatkan kenderaan yang boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila dua buah Ford Mustang klasik yang diparkir di hadapan rumahnya musnah begitu sahaja. Kejadian malang itu berjaya dirakam oleh kamera CCTV di garaj miliknya di selatan California, Amerika Syarikat.
Video berdurasi itu jelas menunjukkan sebuah trak pikap yang dipandu laju, dipercayai kerana dikejar polis secara tiba-tiba merempuh trak pikap yang diparkir di tepi jalan sebelum terbalik di atas dua buah Mustang klasik berkenaan.
Sekali pandang, kerosakan akibat pelanggaran itu bukanlah sedikit. Dua kereta itu dikenal pasti sebagai Mustang convertible buatan tahun 1967 dan Mustang coupe 1964. Menurut meliknya, insurans yang dibelinya hanya melindungi dua daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Kondisi pemandu trak atau penumpangnya dan sebab kenapa dia melarikan diri daripada polis tidak diketahui sehingga kini. Video itu berakhir dengan kerlipan lampu kereta peronda polis jari jauh. A
Perincian itu bagaimanapun tidak penting. Apa yang penting, dua buah Mustang klasik rosak begitu sahaja hanya kerana kebodohan orang lain. Paling bengang pastinya pemilik dua kereta itu. Bertabahlah..
- BACA: FORD MUSTANG S650 BAKAL DAPAT ENJIN V8 6.8 LITER?
- BACA: VIDEO TULAR MUSTANG REMPUH NISSAN DI KAWASAN PARKIR.APA AJE MASALAH KORANG?
- BACA: FORD MUSTANG SHELBY GT350, GT350R SECARA RASMI TERKUBUR MUSIM LURUH INI
- BACA: MUSTANG MERAH BIKIN ‘DONUT’ LANGGAR TIANG LAMPU. KALAU TAK CUKUP POWER NI LAH AKIBATNYA