Buletin

INDIVIDU TAMPAL LUBANG JALAN GUNA KONKRIT DIBURU DI UK

Ketua-ketua lebuh raya di Britain sedang memburu individu atau kumpulan yang menampal sebuah lubang besar dengan konkrit di laluan Lostwithiel, Cornwall yang ditutup selama beberapa bulan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tindakan itu dilakukan kerana kerja menampal lubang tersebut  dilakukan tanpa persetujuan pihak berwajib.

Ahli Majlis Cornwall untuk Lostwithiel dan Lanreath, Colin Martin berkata: “Jalan itu ditutup semula dan  kekal ditutup sehingga ia dibaiki dengan betul oleh Comac (kontraktor). Ini mungkin berlaku dalam masa beberapa minggu lagi kerana semua pasukan yang ada sibuk menampal lubang-lubang lebih kecil yang lain.” 

“Sebarang kerja yang dijalankan pada hujung minggu lalu itu tidak dilakukan oleh pasukan kami. Ia telah dilakukan oleh orang  tidak dikenali tanpa persetujuan.

“Sekiranya maklumat mengenai individu atau kumpulan yang bertanggungjawab diketahui oleh  masyarakat, saya berterima kasih jika butiran ini boleh dikongsi bersama.” kata seorang pengurus laluan Cornwall pula.

Laluan tersebut ditutup sehingga 9 Jun depan untuk kerja-kerja pembaikan. – Agensi

Google ads
Back to top button