Motosikal

HONDA BIGWING DAMANSARA DIRASMIKAN – TUMPUAN BAHARU DI LEMBAH KLANG

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda BigWing Damansara terbaru yang merupakan pengedar motosikal Honda berkuasa tinggi yang eksklusif. 

Menurut BSH dalam satu kenyataan, Honda BigWing Damansara merupakan ‘one-stop centre’ bagi peminat motosikal berkuasa Honda yang bukan sahaja menawarkan barisan model yang lengkap malah turut merangkumi pusat servis dan aksesori. 

Pembukaan Honda BigWing Damansara ini dijayakan hasil kerjasama dengan Fast Bike Sdn Bhd yang berpengalaman luas dalam penawaran motosikal berkuasa tinggi di Lembah Klang. 

*Dato Razak Al-Malique Hussain, Pengarah Eksekutif dan CEO Honda BigWing Damansara.

“Kami berbesar hati komited dengan jenama Honda dan pelaburan ini selari dengan misi syarikat untuk terus mengangkat Fast Bike Sdn Bhd dan Boon Siew Honda ke peringkat lebih tinggi sekaligus mempertingkat pengalaman pemilikan motosikal Honda,” jelas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda BigWing Damansara, Dato’ Razak Al-Malique Hussain. 

Honda BigWing Damansara bercirikan pusat pameran terbuka yang menawarkan kesemua model Big Bike Honda antaranya GL1800 Gold Wing, CRF1100L Africa Twin, X-ADV 750, NX500, Transalp dan CBR250RR. 

Untuk rekod, Honda BigWing Damansara merupakan pusat pameran BigWing kelima ditawarkan dan bertempat di tengah kesibukan Lembah Klang. 

*Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

“Pembukaan Honda BigWing Damansara memperkuatkan komitmen kami untuk menawarkan pengalaman luar biasa kepada pelanggan setia kami. 

“Kami percaya lokasi baharu ini akan membantu kami memenuhi kehendak komuniti motosikal Honda berkuasa tinggi di Malaysia,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda (BSH), Mitsuharu Funase.

Google ads
Back to top button