Artikel Pilihan

INI KERETA KEGEMARAN JEREMY CLARKSON, BEKAS PENGACARA TOP GEAR DAN THE GRAND TOUR

Jeremy Clarkson merupakan wartawan permotoran yang paling dikenali di dunia dengan pengalaman dalam industri selama hampir 40 tahun termasuklah dengan beberapa lawak bangang antarabangsanya. Walaupun nampak bengap, namun Jeremy memiliki pendapat yang bernas dan boleh menulis dengan bagus

Jadi pada hari ini kita akan melihat senarai kereta yang pernah dipandu, dimiliki dan disimpan oleh Jeremy sepanjang tempoh kariernya sebagai wartawan paling kontroversi di dunia:

1. Alfa Romeo GTV6 – merupakan kereta terbaik tapi dengan pengalaman paling buruk yang pernah dihadapi oleh Jeremy. Walaupun memberikan pengelaman pemanduan bagus tetapi Alfa memberikan pengalaman paling ngeri dalam aspek kebolehharapan komponen

Dikenali dengan nama Alfetta, sebanyak 22,000 unit telah dihasilkan dengan menggunakan enjin V6 3000cc yang menjana 187 kuasa kuda dan halaju tertinggi 224km/jam. Model ini memenangi perlumbaan Lodge Group One International, merupakan unit homologasi dan direka untuk melawan model BMW 535i.

2. Lexus LFA – merupakan produk paling baik dan teliti yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Toyota/Lexus dengan tempoh masa pembangunan sehingga 10 tahun. Salah satu aspek yang digemari ialah enjin kerjasama antara Toyota dan Yamaha iaitu enjin V10 4800cc yang menjana sehingga 553 kuasa kuda menghasilkan bunyi ikonik yang sama seperti jentera F1 satu ketika dulu

3. Volvo XC90 – Jeremy memiliki sehingga 4 SUV keluaran Volvo ini selepas melihatnya di litar Donnington Park. Ia amat sesuai untuk Jeremy yang memiliki sehingga 3 orang anak dan membeli sehingga 4 unit XC90 tapi kami tak pasti ia dibeli dalam masa yang sama atau berlainan.

4. BMW 3.0 CSL – ia merupakan kereta yang telah dijual oleh Jeremy dan dia sangat menyesal selepas menjual BMW ini. Diberi gelaran Batmobile disebabkan rekaan luarnya, model ini merupakan model terpenting keluaran BMW sehingga terbentuknya Divisi M Performance

5. Toyota GR Yaris-ketika model ini keluar, Jeremy tidak begitu teruja untuk mencuba model prestasi tinggi ini. Namun Jeremy mendapati semakin lama ia dipandu, GR Yaris sememangnya sebuah kereta kompak prestasi tinggi yang bagus. Jeremy menobatkan GR Yaris sebagai Car of The Year dalam News UK Motor Award

6 Jaguar E Type – penulis sendiri pernah melihat E-Type ini di depan mata dan ia memang sebuah kereta sport klasik yang sangat cantik. Jaguar E-Type ini disukai disebabkan faktor laju, pengendalian, sejarah perlumbaan, dan juga bunyi enjin yang dihasilkan

7. Ferrari 458 Spyder- supercar ini dikuasakan dengan enjin 4500cc V8 yang menjana sehingga 568 kuasa kuda dan 540Nm tork merupakan antara supercar yang masih disukai oleh Jeremy kerana ia mampu membuatkan seorang lelaki tersenyum. 458 mendapat anugerah Car of The Year 2009 dan supercar of the year

8. Range Rover – walaupun SUV ini tidak mendapat pujian dan dengan reputasi yang buruk pada keboleharapan komponen, namun ia antara SUV yang digemari oleh Jeremy dan digunakan sebagai kenderaan kerja bagi pasukan Top Gear untuk menjalankan aktiviti penggambaran

Sebenarnya ada banyak lagi kereta yang digemari oleh Jeremy sehinggakan dia perlu membina sebuah garaj khas bagi menyimpan semua kereta yang disukainya

Google ads
Back to top button