
INI PERBEZAAN TAYAR KERETA SEDAN DAN TAYAR UNTUK SUV/CROSSOVER
Bagi pemilik kereta biasa, adalah jauh lebih murah dan mudah untuk membeli tayar kereta berbanding dengan tayar untuk SUV/crossover. Salah satu faktor yang gagal dipertimbangkan oleh pembeli ketika membeli SUV/crossover ialah harga seunit tayar yang lebih mahal berbanding dengan tayar kereta sedan
Keadaan ini menyebabkan mereka hampir pitam atau terkena serangan tekanan darah tinggi ketika membeli tayar gantian untuk SUV/crossover mereka. Walaupun kedua dua tayar adalam berbentuk donut dan bulat, namun tayar untuk kereta sedan dan SUV/crossover adalah berbeza
Perbezaan ini merangkumi dari segi bahan binaan, rekaan bunga tayar dan tujuan kegunaan. Malah dalam kebanyakan aplikasi, tayar kereta sedan adalah jauh lebih ringan berbanding dengan tayar SUV/crossover. Manakala tayar SUV/crossover direka untuk meredah permukaan jalan yang jauh lebih mencabar
Berikut ialah perbezaa antara tayar untuk kereta sedan dengan tayar untuk SUV/crossover:
1. Sidewall – atau bahagian sisi tayar dengan kereta sedan menggunakan rekaan yang lebih pendek dan nipis. Ini kerana kereta sedan hanya perlu menanggung beban yang ringan berbanding dengan tayar SUV/crossover dengan sisi tayar yang lebih tebal dan tinggi
Ini membolehkan tayar SUV/crossover untuk melentur dengan baik di permukaan jalan yang berbatu dan tidak berturap selain perlu menahan beban cesi yang lebih berat.
2. Rekaan bunga tayar – bagi kereta sedan ia akan direka dengan 2 rekaan utama samaada direka untuk keselesaan ataupun direka untuk pengendalian yang lebih mantap. Bagi tayar yang direka untuk keselesaan, ia menggunakan bunga yang simetrikal antara kiri dan kanan.
Bagi tayar untuk prestasi tinggi, ia menggunakan blok bunga yang lebih besar untuk cengkaman yang lebih bagus. Tapi bunga tayar untuk SUV/crossover akan menggunakan rekaan bunga yang lebih agresif dan kasar khusus untuk kegunaan jalan tidak berturap
3. Jangka hayat – disebabkan rekaan dan binaan yang digunakan untuk menghasilkan tayar SUV/crossover menggunakan bahan binaan yang lebih baik dan berkualiti, jangka hayat tayar ini adalah jauh lebih panjang berbanding dengan jangka hayat tayar sedan. Jadi tidak hairanlah tayar SUV/crossover ini mampu bertahan sehingga 80,000km sebelum perlu ditukar
4. Harga – kebiasaannya tayar kereta sedan adalah jauh lebih murah daripada tayar untuk SUV/crossover dalam saiz yang sama. Malah ini mendorong beberapa crossover yang ringan seperti Ativa disebabkan berat kenderaan yang ringan dan banyak digunakan atas permukaan jalan
Manakala tayar untuk SUV/crossover yang datang dengan pelbagai kategori seperti Highway Terrain (lembut), All Terrain (semua permukaan jalan) atau Mud Terrain (khas untuk masuk hutan) dengan dengan harga yang lebih mahal
5. Boleh kita guna tayar SUV/crossover pada kereta sedan atau kompak? – boleh dengan syarat perumah tayar boleh memuatkan tayar yang ingin digunakan saiz tayar yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan saiz tayar asal
Tapi awas, tayar ini adalah lebih berat dan ia akan menyebabkan penggunaan bahan api meningkat kerana rolling resistance telah bertambah. Tindakbalas stering akan menjadi sedikit tumpul, pecutan kereta menjadi lambat, kadar kebisingan tayar akan meningkat kerana tayar ini lebih keras dan keselesaan penumpang akan terganggu
6. Boleh kita guna tayar kereta biasa pada SUV/crossover? – boleh dengan syarat SUV/crossover yang dipandu menghabiskan 99% masa di atas jalan raya biasa, bukannya jalan tidak berturap. Jika dipandu atas jalan berbatu dengan kerap, bunga tayar akan cepat rosak dan perlu ditukar dengan segera
Jadi sebelum anda komited untuk membeli sesebuah kenderaan, pastikan anda ada sedikit pengetahuan asas berkenaan tayar yang digunakan serta anggaran kos penggantian. Barulah anda tidak sakit kepala ketika penggantian tayar dilakukan.

