
INI PERBEZAAN TAYAR MURAH DAN TAYAR PREMIUM KETIKA BREK KECEMASAN
Apa beza tayar murah dengan tayar mahal? Kadang kala perbezaan harga tidak sampai RM 50 per unit, tapi kalau untuk 4 biji, perbezaan harga tersebut mencecah RM 200. Bagi pembeli yang dalam keadaan terdesak dan di luar bajet, sudah pasti mereka akan membeli tayar biasa dengan nama-nama yang agak luar biasa.
Bagi menjawab persoalan tersebut, salauran Youtube Tyre Review telah menilai 8 set tayar pekbagai jenama yang murah untuk dibandingkan dengan tayar dari jenama Continental Premium Contact 7. Video ini dihasilkan bagi menjawab persoalan yang biasa ditanya “adakah tayar murah benar-benar selamat ketika situasi kecemasan”
Tyre Review menguji 8 set tayar murah untuk dibandingkan dengan 1 set Continental Premium Contact 7 yang merangkumi cengkaman ketika jalan basah, cengkaman ketika jalan kering, pengendalian, keselesaan, bunyi ketika tayar bergolek dan juga ketika membrek kecemasan di atas permukaan jalan yang basah
Untuk berlaku adil, pengacara juga memberikan pendapatnya sendiri berkenaan dengan setiap tayar bajet yang diuji dalam video termasuklah kelebihan tayar tersebut dan juga kelemahan tayar untuk pengetahuan penonton
Antara tayar bajet yang diuji dalam video tersebut ialah Nankang Econex NA1, Davanti DX390, Winrun R330, Tomket Sport Series 1, King Meiler Sport 1 KM, Triangle SporteX TH201, Maxtrek MAXIMUS M1, dan Double Coin DC99
Dalam ujian pertama iaitu brek kecemasan atas permukaan jalan yang basah, tayar Continental Premium Contact 7 yang digunakan sebagai tayar penanda aras untuk video ini membrek dengan cemerlang dan tidak melanggar patung ujian. Tapi kesemua tayar bajet dalam video ini gagal dalam ujian pertama dengan pedal brek ditekan pada halaju 100km/jam
Dalam dunia sebenar, anda mungkin melanggar pejalan kaki, penunggang motosikal dan juga kenderaan lain yang boleh menyebabkan kecederaan, kematian dan juga kerugian akibat kerosakan kenderaan.
