Artikel PilihanBuletin

INI SEBABNYA HONDA TAK BERMINAT BINA PESAING TOYOTA SUPRA

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Tidak dinafikan salah satu “bintang”  paling menonjol di Detroit Auto Show pada tahun ini ialah Toyota Supra. Kita telah mengikuti perkembangan pembangunannya selama lima tahun dan sekarang ia sudahpun dilancarkan secara rasmi.

Justeru, timbul persoalan bagaimana pembuat kereta lain akan bertindak balas. Sudah pasti, produk Toyota sering menjadi penanda aras bagi kereta-kereta global pengeluar lain. Dengan kata ringkasnya, sebuah kereta sports kelas sederhana coupe, enjin hadapan dan pacuan roda belakang.

Menurut pembantu perancangan produk Honda Amerika, Jay Joseph, Honda mempunyai alasan tersendiri untuk tidak ikut bersaing dalam liga ini.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

“Kami sudah ada kenderaan dalam kategori ini. Model yang berfungsi untuk kelas ini ialah Civic Type R,” kata Joseph.

BACA: RASMI – TOYOTA SUPRA 2020 DILANCARKAN

“Kami gembira dengan prestasinya. Ia mempunyai hampir segalanya yang diperlukan pengguna hari ini. Hatchback empat pintu yang praktikal, berkuasa dan pengendalian yang berkompromi antara sports dan kereta harian. Malah saya juga memandu kereta ini setiap hari sejauh 60km”

Joseph juga merupakan pemilik S2000 jadi dia sedar bahawa keupayaan roadster dan peminat kenderaan jenis ini akan tetapi Type R memiliki pakej yang lebih baik yang menjadikannya lebih mudah untuk dijual.

Ia juga terbukti mempunyai prestasi terbaik setelah rekod rekod pusingan Nurburgring untuk kenderaan pacuan roda hadapan terpantas.

Dalam keadaan kebanyaka pengeluar “berkongsi” untuk menghasilkan model baru, adalah sukar utuk menolah hujah ini, meskipun logiknya, FK8R bukan merupakan pesaing terus Toyota Supra.

Tags
Google ads
Back to top button