Buletin

SUZUKI SWIFT ATTITUDE – EDISI KHAS DENGAN TRANSMISI MANUAL, UNTUK UK SAHAJA

Suzuki GB PLC baru-baru ini melancarkan Swift Attitude, model Edisi Khas terbaharu untuk pengguna di sana.

Attitude dibina di atas varian SZ3 dan tampil dengan beberapa penambahbaikan dari segi luarannya.

Di UK, Swift memang terkenal dengan harganya yang mampu milik, kos penyelenggaraan rendah, ekonomi dan berkuasa berbanding para pesaingnya.

Selain daripada spesifikasi standard varian SZ3 seperti enam beg udara, radio DAB bersama ciri Bluetooth dan lampu nyalaan siang LED, Attitude ditambah dengan rim aloi hitam bersaiz 16 inci, kemasan krom pada gril, di samping spoiler dan skirting sisi kemasan karbon.  

Jentera itu dikudakan oleh enjin empat selinder Dualjet bersesaran 1.2 liter berkuasa 90PS yang dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan.

Suzuki dijangka memperkenalkan Swift Sport dengan enjin 1.4 liter Boosterjet tidak lama lagi.

Attitude didatangkan dalam pilihan warna merah, putih, perak, hitam, kelabu. Harganya ialah £13,499 (RM71,418) seunit.  

Tags
Google ads
Back to top button