Motosikal

BENELLI DEDAH JENTERA ELEKTRIK PERTAMA DIKENALI QJ7000D

Pengeluar motosikal, Benelli memperkenalkan jentera elektrik pertama dikenali sebagai QJ7000D pada Beijing Motor Show baru-baru ini.

Model konsep motosikal itu yang dipamerkan subsidiari Qianjiang Motorcycle dikatakan bakal menjadi produk motosikal elektrik pertama menggunakan jenama Benelli.

Bahkan, ia dijangka dilancarkan pada tahun ini dan memasuki pasaran antarabangsa.

Biarpun, Qianjiang Motorcycle tidak mendedahkan sebarang spesifikasi teknilkal berhubung QJ7000D tetapi sumber mendakwa ia akan menetapkan penanda aras prestasi baharu dalam pasaran motosikal elektrik dunia.

Melalui beberapa gambar yang dikongsi ketika pameran berkenaan, jentera itu menampilkan garis badan superbike yang berani dan garang.

Selain itu, ia dipadankan motor elektrik di bahagian bawah berdekatan tuil gear dan tongkat sisi. 

Bahagian tangki minyak pula dijadikan ruang simpanan yang mampu mengisi satu topi keledar dan tempat duduk merupakan jenis terpisah untuk memberi keselesaan kepada penunggang serta pembonceng.

Motosikal elektrik tersebut didatangkan sistem pencahayaan LED untuk semua jenis lampu.

Ia turut didatangkan panel meter LCD digital dalam memaparkan maklumat tunggangan kepada penunggang.

QJ7000D hadir dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) di bahagian hadapan manakala monoshock di belakang.

Bagi sistem brek, jentera itu dilengkapi set brek cakera tunggal pada kedua-dua tayar dengan caliper berwarna merah menyerlahkan sisi sporty motosikal berkenaan.

Motosikal elektrik QJ7000D dikatakan mendapat inspirasi jentera QJ SRG600. –motosaigon

Google ads
Back to top button