Buletin

BUGATTI CHIRON SUPER SPORT. ULTIMATE GRAND TOURISME, BERMULA RM16 JUTA SEUNIT

Pada tahun 2019, Bugatti merekodkan kelajuan mencecah 490.48 km/j untuk kenderaan produksi melalui model Chiron Super Sport 300+.

Terbaharu, pengeluar kenderaan Perancis itu memperkenalkan jentera baharu, Chiron Super Sport yang mendapat jolokan “Ultimate Grand Tourisme”.

Bugatti Chiron Super Sport ditawarkan pada harga bermula dari 3.2 juta euro (RM16 juta).

Biarpun, jentera terbaharu tersebut merupakan ‘keluarga’ Chiron tetapi ia menampilkan rekaan lebih aerodinamik terutama di bahagian belakang.

Perubahan dilakukan di bahagian belakang memberi karakter unik kepada Super Sport malah memastikan kestabilan dan downforce ketika memecut mencecah 440 km/j.

Bugatti Chiron Super Sport memiliki dimensi 250 mm lebih panjang berbanding Chiron standard.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 8.0 liter W16 empat unit turbo dipadankan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa 1,577 hp dan tork 1,600 Nm.

Bugatti memberitahu Super Sport mampu mencapai kelajuan 0-200 km/j dalam tempoh 5.8 saat dan 0-300 km/j pada masa 12.1 saat. –carbuzz/carscoops

Google ads
Back to top button