Artikel Pilihan

INI TAYAR TERBAIK DI DUNIA – CONSUMER REPORT. TAYAR LINGLONG?

Berdasarkan kajian professional yang dijalankan oleh Consumer Report, terdapat perbezaan yang ketara dari segi prestasi di antara jenama tayar terutama dari segi cengkaman dan juga ketahanan bunga tayar. Tayar yang bagus menunjukkan kualiti brek, pengendalian dan ketahanan daripada masalah aquaplaning.

Bagi tayar 4 musim pula, ia mestilah menunjukkan ciri cengkaman dan kuasa membrek yang bagus di atas permukaan bersalji. Semua jenama tayar berjenama akan mempamerkan kualiti yang bagus sama seperti kriteria di atas

Bagi tujuan penyelidikan, Consumer Report telah menganaliasa 130 model tayar daripada 28 jenama. Daripada angka ini, 17 jenama dimasukkan dalam kedudukan terbaik berdasarkan model dan jenama tayar yang telah diuji

Antara tayar yang diuji termasuklah tayar 4 musim, tayar 4 musim prestasi tinggi, Ultra High Performance All Season dan Summer, tayar SUV All Season, All Terrain bagi kegunaan SUV dan 4×4 dan juga Performance Snow Tyre

Ujian yang dijalankan merangkumi ujian brek, keselesaan, pengendalian, aquaplaning, kebisingan, kebisingan, cengkaman di atas salji dan lain lain kriteria yang penting. Consumer Reports juga turut menguji kadar geseran dan geseran golekan tayar bagi menentukan penjimatan bahan api

Malah Consumer Report turut menguji tayar ini di atas jalan dengan pemanduan beribu-ribu kilometer bagi menjangkakan kadar kehausan tayar. Dari 17 pengeluar yang diuji, tayar Michelin muncul sebagai tayar yang berjaya mendapat markah tinggi dalam semua aspek ujian berbanding dengan jenama pesaing.

Walaupun dijual dengan harga lebih tinggi, tayar ini menawarkan kualiti dan nilai yang lebih baik berbanding dengan ringgit dibelanjakan selepas difaktorkan prestasi dan juga kadar kehausan bunga tayar. Antara tayar yang menjadi pilihan ialah Pilot Sport 4S dan juga CrossClimate 2

Antara jenama tayar yang diuji termasuklah BFGoodrich, Bridgestone, Continental, Cooper, Falken, Firestone, General, Goodyear, Hankook, Kumho, Michelin, Nexen, Nitto, Nokian, Pirelli, Toyo, Uniroyal, Vredestein dan Yokohama

Tayar Continental pula berada di kedudukan kedua dalam pemarkahan Consumer Report dengan tayar ini mendapat markah yang bagus terutama bagi kegunaan 4×4. Tayar TerrainContact H/T dan TerrainContact A/T menunjukkan nilai dan kualiti yang bagus pada harga yang dijual

Berada di kedudukan ke 3 ialah jenama Vredestein iaitu pembuat tayar yang berasal daripada Belanda manakala jenama Bridgestonem General, Goodyear, Yokohama dan Hankook menerima penarafan cemerlang daripada Consumer Report. Tayar Pirelli, Falken dan Firestone pula berad dalam kategori pertengahan

Jika anda berminat untuk mengetahui markah penuh bagi setiap jenama tayar, anda boleh membeli laporan penuh Consumer Report di SINI

Google ads
Back to top button