Artikel PilihanBuletin

INILAH PERCUTIAN PALING MERIANGKAN UNTUK PEMINAT KERETA!!!

Merancang percutian yang sempurna untuk peminat kereta bukanlah tugas yang mudah. Perjalanan itu perlu melibatkan banyak aktiviti yang berkaitan dengan kereta, pemandangan yang sesuai, dan sudah tentu, kereta yang sedap untuk memandu.

Para pengeluar menyedari perancangan begini ini mungkin sukar, jadi mereka telah membuat pakej percutian yang sempurna khusus untuk pencinta kereta. Sebagai contoh, Porsche telah membuka Pusat Pengalamannya di seluruh dunia, di mana para peminat dapat pengalaman memandu kereta, perlumbaan di trek, dan juga boleh melangsungkan majlis perkahwinan!.

Pembuat kereta Jerman itu mempunyai tawaran penuh pada tahun 2019, termasuk lawatan empat hari ke Stuttgart dan Leipzig.

BACA: PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG PORSCHE

Pakej percutian ini termasuk lawatan kilang dan muzium di Stuttgart-Zuffenhausen, sebuah kilang mesra pelancong di Leipzig. Peserta juga berpeluang memandu di litar Porsche Leipzig, menginap tiga malam hotel dengan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Beberapa aktiviti khusus disediakan termasuk memandu melalui Hutan Thuringian, melewati lebuhraya tanpa had kelajuan Autobahn, lawatan ke istana lama dan juga masa khsusus untuk pemanduandi litar.

Harga untuk perjalanan ini bermula pada sekitar USD4,000 (RM16,500) dengan tarikh tempahan mula dibuka untuk bulan April dan Oktober. Slot untuk bulan April bermula dari 24 hingga 27, manakala pakej bulan Oktober berlangsung dari 15 hingga 18.

Sekiranya idea bercuti Porsche bertema menarik Stuttgart ke Leipzig bukanlah destinasi perjalanan ideal anda, Porsche turut mempunyai banyak pilihan di negara lain termasuk Australia, Scotland, Black Forrest, Perancis Selatan, Iceland, Sepanyol Utara, Andalusia, Alpen Switzerland, Croatia, dan Tuscany.

Menarik kan?

Air Asia ada terbang pergi Jerman?

Google ads
Back to top button