Artikel PilihanBuletin

INILAH SENARAI PENUH KERETA-KERETA YANG BERSEMADI BERSAMA KAPAL FELICITY ACE – MUZIK SAYU DIMAINKAN

Selepas lebih sebulan tenggelamnya kapal Felicity Ace ke dasar lautan Atlantik, kini senarai penuh kereta-kereta yang tenggelam bersamanya mula tersebar ke seluruh dunia. Terima kasih kepada laman sesawang tracking dalam talian importinfo.com yang membantu dalam pengumpulan data tentang jumlah sebenar kereta dan jenisnya sekali.

Semua sedia maklum yang kapal Felicity Ace ini telah tenggelam akibat kebakaran di lokasi yang sama menjadi tempat persemadian kapal paling terkenal, Titanic satu ketika dulu.

Kita sedia maklum yang kapal ini banyak memuatkan kereta-kereta keluaran VW Group yang akan dihantar ke AS tapi menariknya ada juga beberapa kereta lain yang tidak disangka-sangka turut berada dalam kapal malang tersebut.

Berdasarkan maklumat sebelum ini dikatakan sebanyak 3,282 kenderaan berada dalam kapal tersebut yang bersedia untuk dihantar ke lokasi yang ditentukan. Felicity Ace mampu membawa 4,000 unit kenderaan pada satu-satu masa dan Porsche sahaja dikatakan mempunyai 1,100 unit kenderaan daripada jumlah keseluruhan. Porsche tu bang.

Selepas pengiraan dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan, didapati Porsche mempunyai 1,117 kereta, VW 61 unit, Audi 1,944, Bentley 189, dan Lamborghini sebanyak 85 unit. Aduh dengan jumlah tu boleh buka 10 buah showroom kot.

Lebih menarik lagi terdapat sebuah Honda Prelude SiR 1996 yang diimport oleh seorang individu di AS untuk proses restorasi. Ia merupakan generasi kelima Prelude dan juga merupakan yang terakhir selepas pengeluaran Prelude ditamatkan. Lagi sedih pemiliknya juga tidak akan menerima sebarang pampasan kerana pelbagai faktor antara dengan syarikat insuran (biasa la kan), syarikat perkapalan dan macam-macam lagilah.

Bukan itu sahaja, senarai terkini turut menunjukkan sebuah Land Rover Santana 1977 turut berada dalam kapal tersebut. Ia merupakan sebuah Land Rover Defender yang dihantar ke kilang Santana di Sepanyol dan diberi kemasan baharu.

Selain daripada itu terdapat juga sebuah BMW 750i keluaran tahun 2007, sebuah Ford MLM, maksud kami Ford Mustang 2015, 12 unit traktor Fendt dan paling spesial sebuah Mini Cooper Countryman 2019 yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak kayu. Dengan kotak-kotak tu sekali tenggelam bang. Jem.

Senarai itu juga menunjukkan sejumlah kenderaan yang akan dihantar ke Mexico termasuklah beberapa buah model SEAT yang terkini. Terdapat juga sebuah Porsche 718 Boxster GTS 4.0 yang dilabelkan sebagai “tourist vehicle”. Tak tahulah apa maksudnya.

Tengok je senarai kat bawah sambil telan air liur sementara tunggu waktu berbuka tu. Sedih ooo tengok senarai ni.

Consignee NameVehicle
PRIVATE2017 VOLKSWAGEN JETTA
PRIVATE2007 BMW 750I
PRIVATEUSED VEHICLE 1996 HONDA PRELUDE
PRIVATEUSED VEHICLE 2018 NISSAN VERSA NOTE
PRIVATEUSED VEHICLE 2014 KIA SOUL
PRIVATEUSED VEHICLE 2015 PORSCHE CAYENNE
PRIVATEUSED VEHICLE 2015 FORD MUSTANG
JB TRACTORSUSED TRACTORS + ACCESSORIES
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.TEST VW 5 VW ID.4
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.TEST VW VW TAIGO
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.83 CD1 VW GOLF 38 E21 VW ID4
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.50 AUDI Q3, 3 AUDI A5 CABRIO, 44 AUDI A5 SPORTBACK, 10 AUDI A5 COUPE, 13 AUDI E-TRON, 9 AUDI E-TRON SPORTBACK, 21 AUDI E-TRON
BENTLEY MOTORS INC.3 BENTLEY CONTINENTAL FLYING SPUR, 6 BENTLEY CONTINENTAL GT, 4 BENTLEY CONTINENTAL GTC, 12 BENTLEY BENTAYGA
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.23 PORSCHE ZUFFENHAUSEN 85, 19 PORSCHE LEIPZIG 62, 126 PORSCHE BRATISLAVA
AUTOMOBILI LAMBORGHINI USA LLC5 LAMBORGHINI HURACAN, 6 LAMBORGHINI AVENTADOR, 10 LAMBORGHINI URUS
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.25 PORSCHE ZUFFENHAUSEN
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA95 CD1 VW GOLF, 10 E21 VW ID4
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.3 AUDI TT, 121 AUDI Q3, 21 AUDI A5 CABRIO, 17 AUDI A5 SPORTBACK, 6 AUDI A5 COUPE, 32 AUDI E-TRON, 21 AUDI E-TRON SPORTBACK
BENTLEY MOTORS INC.17 BENTLEY CONTINENTAL FLYING SPUR, 19 BENTLEY CONTINENTAL GT, 28 BENTLEY CONTINENTAL GTC, 40 BENTLEY BENTAYGA
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.40 PORSCHE ZUFFENHAUSEN 22, 36 PORSCHE LEIPZIG 79, 1 PORSCHE BRATISLAVA 74
AUTOMOBILI LAMBORGHINI USA LLC15 LAMBORGHINI HURACAN, 9 LAMBORGHINI AVENTADOR, 37 LAMBORGHINI URUS
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.21 PORSCHE ZUFFENHAUSEN
PRIVATEMINI COUNTRYMAN
PORSCHE CARS NORTH AMERICA, INC.UNPACKED TOURIST VEHICLE PORSCHE 718 BOXSTER GTS 4.0
PRIVATEUSED TRUCK MAN TGM 18.250
PRIVATEUSED POV 1977 LAND ROVER SANTANA SERIES 3 109
VOLKSWAGEN DE MEXICO, S.A. DE C.V.1 AUDI TT, 23 AUDI Q3, 23 AUDI Q3 SPORTBACK, 9 AUDI A5 SPORTBACK, 2 AUDI A5 COUPE, 1 AUDI E-TRON GT, 1 AUDI Q2
VOLKSWAGEN DE MEXICO, S.A. DE C.V.27 SBH CADDY, 20 SBJ CADDY, 91 SHH VW T6 PA, 10 SHJ VW T6 PA, 15 SJL VW T6 PA
VOLKSWAGEN DE MEXICO S.A. DE C.V.7 PORSCHE ZUFFENHAUSEN, 16 PORSCHE LEIPZIG – CAYENNE + MACAN + PANAMERA 7 PORSCHE BRATISLAVA – CAYENNE
VOLKSWAGEN DE MEXICO S.A. DE C.V.3 SEAT ATECA AUTOMOBILES
DB IMPORTS MEXICO SA DE CV3 LAMBORGHINI URUS
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.21 VW GOLF 144 E21ID.4
VOLKSWAGEN GROUP OF AMERICA INC.3 AUDI TT, 1 AUDI TT ROADSTER, 224 AUDI Q3, 60 AUDI A5 CABRIO, 77 AUDI A5 SPORTBACK ,15 AUDI A5 COUPE, 25 AUDI E-TRON
BENTLEY MOTORS INC.2 BENTLEY CONTINENTAL FLYING SPUR, 9 BENTLEY CONTINENTAL GT 14, BENTLEY CONTINENTAL GTC, 16 BENTLEY BENTAYGA
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.44 PORSCHE ZUFFENHAUSEN 69 ” 78 PORSCHE LEIPZIG 158 ” 138 PORSCHE BRATISLAVA 9 “
BENTLEY MOTORS INC.3 BENTLEY CONTINENTAL FLYING SPUR, 4 BENTLEY CONTINENTAL GT 3, BENTLEY CONTINENTAL GTC, 9 BENTLEY BENTAYGA
PORSCHE CARS NORTH AMERICA INC.6 PORSCHE ZUFFENHAUSEN, 1 PORSCHE LEIPZIG

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button