Modifikasi

MOTOSIKAL D.I.Y. DENGAN ENJIN 8000CC V10, 500 KUASA KUDA

Allen Millyard adalah peminat dunia motosikal yang sangat ekstrim dan dengan kemahiran yang ada, beliau mampu membina beberapa motosikal buatan sendiri. Salah satu motosikal ciptaannya ialah Viper V10 iaitu sebuah motosikal dengan enjin V10 yang diambil dari kereta Dodge Viper GTS.

Dalam 1 video yang dihasilkan oleh Allen di saluran Youtube, Allen melakukan beberapa pemeriksaan teliti sebelum motosikalnya dihantar untuk pemeriksaan tahunan MOT (Ministry of Transport). Disebabkan COVID-19, kali terakhir Allen motosikal ini ialah pada tahun 2021

Untuk pengetahan pembaca, motosikal ini ialah motosikal custom made yang dihasilkan sendiri oleh Allen dan hanya digunakan ketika musim panas sahaja. Berbeza dengan motosikal lain yang dibuat hanya untuk pameran sahaja, motosikal Allen ini ditunggang dan perbatuannya mencecah 14,725km.

Dalam keadaan melahu (idle), enjin 10 silinder susunan V ini hanya berputar pada 1500 RPM sahaja. Enjin motosikal ini diambil daripada Dodge Viper GTS dengan saiz 8000cc menjana sekitar 500 kuasa kuda. Berat enjin sahaja mencecah 340kg daripada berat keseluruhan motosikal 630kg

Disebabkan enjin ini besar, rekaan kerangka motosikal konvensional adalah tidak sesuai. Allen menghasilkan 2 sub kerangka yang disambung ke bahagian depan dan belakang enjin tanpa sebarang mekanisme kotak gear. Namun tork daripada enjin ini sudah mencukupi tanpa kotak gear.

Bagi mencapai halaju berbeza, Allen akan menukar sprocket belakang dari pelbagai saiz untuk mencapai kelajuan maksimum yang berbeza. Allen juga pernah menguji motosikal ini di litar Isle of Man TT dan mencapai halaju tertinggi 322km/j ketika melalui seksyen Bruntingthorpe.

Allen juga telah memprogram satu lagi ECU tambahan yang akan membakar lebih banyak petrol

For a bit of extra fun, Allen programmed a secondary ECU map that adds extra fuel to the engine dan menghasilkan backfire yang kuat dari ekzos hanya untuk suka-suka. Anda boleh menonton video saluran Youtube Allen di SINI

Google ads
Back to top button