Buletin

JALAN BERLUBANG, FERRARI TAK BOLEH LALU. LEJEN ROCK, ROD STEWART BAIKI SENDIRI JALAN

Legenda Rock, Sir Rod Stewart mengambil keputusan membaiki sendiri jalan rosak teruk berdekatan rumahnya di Essex, England.

Penyanyi memiliki suara serak basah itu, tidak teragak-agak mengambil penyodok membantu para pekerja membaiki jalan berlubang yang mengganggu lalu lintas di kawasan terbabit.

Melalui hantaran Instagram, beliau kelihatan menyodok kerikil dari belakang pikap trak mendakwa jalan itu terlalu teruk sehingga tidak dapat memandu supercar miliknya.

“Saya membaiki jalan yang sangat saya sukai kerana tiada sesiapa peduli untuk melakukannya.

“Ia sudah berlarutan terlalu lama. Orang ramai yang menggunakan jalan ini terpaksa berdepan kenderaan rosak apabila melanggar lubang. Beberapa hari lalu, sebuah ambulans mengalami tayar pecah.

“Ferrari saya juga tidak boleh melalui jalan ini sehingga membuatkan saya dan yang lain mengambil keputusan membaiki sendiri,” kata Rod Stewart.

Bagaimanapun, Essex Count Council yang bertanggungjawab memastikan jalan keadaan baik kurang senang dengan tindakan dilakukan penyanyi berkenaan.

“Anda tidak boleh mengambil perkara ke tangan anda sendiri.

“Semua pembaikan jalan perlu dilakukan pada tahap profesional atau orang yang melakukannya perlu bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kemalangan,” ahli kabinet Lee Scott memberitahu BBC News. – carscoops

Google ads
Back to top button