Buletin

BERDEPAN RISIKO TAYAR TERCABUT, LAMBORGHINI PANGGIL SEMULA AVENTADOR SUPERVELOCE

Lamborghini dilapor terpaksa memanggil semula model Aventador SuperVeloce (SV) kerana bolt tayar didakwa tidak mampu menahan tekanan.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA), bolt tengah tayar yang mengikat rim dengan brek cakera pada model SuperVeloce dikatakan mungkin longgar dan boleh membuatkan tayar tercabut.

Jika situasi ini berlaku, ia pasti akan membahayakan penumpang dan penumpang terutama ketika dipandu laju. Justeru, Lamborghini akan memanggil semula model-model yang terlibat.

Panggilan semula itu dibuat tidak lama selepas pengeluar kenderaan dari Itali tersebut memanggil lebih 1,700 unit Aventador pada awal bulan ini kerana masalah transmisi.

Mujurlah masalah kali ini tidak melibat banyak model. Di salah satu pasaran terbesar Lamborghini iaitu Amerika Syarikat, cuma lapan buah SuperVeloce yang terlibat. Model buatan tahun 2015 dan 2016 itu melibatkan varian coupe serta roadster.

Penyelesaiannya juga mudah. Hanya perlu tukar bolt yang baru bersama bendalir khas. LP750-4 SuperVeloce masih varian Aventador yang paling berkuasa setakat ini. Enjin aspirasi biasa bersesaran 6.5 liter itu mampu menjana kuasa mencecah 740hp dan tork 690Nm.

Ringan lebih 50kg berbanding model standard, jentera itu memecut 0-100k/j dalam masa hanya 2.8 saat dengan pecutan maksimum 350km/j.

Lamborghini hanya menghasilkan 600 model coupe dan 500 unit convertible SuperVeloce un tuk pasaran di seluruh dunia.   

Tags
Google ads
Back to top button